
Pemergian Sasterawan Negara, Allahyarham Datuk Seri A Samad Said bukan sahaja meninggalkan kesan mendalam kepada dunia kesusasteraan tanah air, malah turut mengundang pelbagai kenangan daripada individu yang pernah bertemu dengannya.
Artikel Berkaitan: Zizi Kirana Imbas Kembali Pertemuan Terakhir Bersama Tun Hasmah – ‘Beliau Sempat Tegur..Kenapa Tangan Sejuk?’
Artikel Berkaitan: Erma Fatima Kenang Pertemuan Terakhir Bersama Allahyarhamah Tun Dr Hasmah – ‘Air Mata Beliau Mengalir’
Nasihat simple tapi padat
View on Threads
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Threads, seorang individu berkongsi pengalaman apabila berpeluang bertemu Allahyarham ketika sedang membuat persembahan di sebuah stesen kereta api pada 2017.
Menurutnya, Allahyarham meluangkan masa mendengar beberapa buah lagu yang dipersembahkan sebelum beredar, malah turut menghulurkan wang sebanyak RM5 untuk dibelanjakan selepas selesai busking.
2017, waktu itu saya baru dalam main muzik, busking dekat stesen keretapi.
Datuk A Samad Said letak RM5, buat saya minum lepas busking. Dia beredar selepas melayan 2 ke 3 buah lagu.
Dalam pada itu, individu berkenaan tidak melepaskan peluang dengan meminta nasihat daripada Allahyarham yang merupakan seorang tokoh hebat dan sumber inspirasi dalam dunia penulisan.
Ujarnya, pesanan ringkas yang diberikan Allahyarham sehingga kini masih dipegang dan dijadikan panduan dalam perjalanan hidupnya
Sebelum pergi saya minta pesanan, apa-apa sahaja buat saya yang sewaktu itu tiada hala tuju dan dahagakan ilmu. Pesan beliau simple tapi padat iaitu ‘Buat apa pun tak apa, asalkan jujur, pasti berjaya.’
Pada orang lain mungkin momen biasa, tapi bagi saya, amat besar sebab saya membesar dengan karya dan tulisan beliau.
Hampir 10 tahun gambar ini, tapi kesannya sehingga hari ini, saya pegang kata-kata beliau.
Sekadar info, Allahyarham A Samad Said menghembuskan nafas terakhir pada 24 November 2026, kira-kira jam 6.10 petang di Hospital Kuala Lumpur (HKL) pada usia 91 tahun.
Allahyarham dilaporkan dimasukkan ke hospital sehari sebelum pemergiannya akibat sakit tua dan turut menghidap diabetes.
Jenazah Allahyarham selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bukit Kiara pada pagi 25 November 2026.
Sumber: Threads







