Foto: Myfox8
Memang tidak dinafikan, tugas seorang ibu adalah untuk mendidik, menyayangi dan melindungi anak-anak. Tetapi siapa sangka, di sebalik figura seorang wanita yang bergelar ibu ini tergamak membunuh anak kandungnya sendiri.
Langgar berkali-kali
Foto: ABC News
Memetik laporan daripada ABC News, seorang wanita yang dikenali dengan nama Brittany Gosney dipercayai tergamak melanggar anak lelakinya yang berusia enam tahun sehingga maut. Difahamkan kejadian tersebut pada awalnya berpunca apabila suspek ingin meninggalkan mangsa dan dua lagi adik-beradiknya itu di sebuah taman sebelum berlalu pergi.
Kanak-kanak malang ini kemudian cuba kembali ke kereta dengan mencapai pemegang pintu. Tetapi sebaliknya pula yang berlaku apabila suspek bertindak kejam dengan menyeret dan melanggar mangsa berkali-kali sehingga maut.
Buang dalam sungai
Foto: ABC News
Selepas mendapati mangsa sudah tidak bernyawa, suspek kemudian membawa mayat mangsa bersama-sama dua orang lagi anaknya ke rumah mereka yang terletak di Middletown, Ohio. Hanya kerana mahu menutup kesalahannya, suspek bersama teman lelakinya berpakat untuk membuang mayat mangsa ke dalam sungai.
Menurut pihak polis, kedua-dua suspek juga dikatakan telah membuat laporan kononnya mangsa telah hilang. Tetapi pihak polis merasa pelik dengan kenyataan dan laporan tersebut. Susulan daripada itu, pihak polis telah menjalankan siasatan dan mendapati mangsa sebenarnya telah dibunuh. Ekoran daripada itu, kedua-dua suspek telah ditahan untuk membantu siasatan. Sementara dua orang anak kandung suspek telah ditempatkan di rumah kebajikan.