Kasih ibu membawa ke syurga, maka tidak hairanlah seorang anak sanggup melakukan dan memberikan apa sahaja demi menggembirakan hati satu-satunya insan tersayang ini.
Itulah yang dilakukan oleh seorang Influencer yang dikenali dengan nama Bebytora apabila dia membuat ‘surprise’ memberikan hadiah dan wang tunai buat ibu tercinta.
Buat surprise hadiahkan tv
Berdasarkan video pendek yang dikongsikan oleh Atierah Zulfatie di TikTok memaklumkan dia telah pulang ke kampung atas urusan kerja dan alang-alang ke sana, dia terus membuat kejutan ‘last minute’ sempena hari lahir ibunya. Atierah telah menghadiahkan sebuah televisyen 65 inci bernilai RM4,400 kepada ibunya memandangkan televisyen di rumah tersebut sudah lima tahun tidak bertukar.
Bukan itu sahaja, dia turut memberikan sejambak duit bernilai RM6,300, gelang emas RM3,300 dan sebiji kek. Daripada video tersebut, kelihatan si ibu langsung tidak menyangka Atierah akan pulang ke kampung. Tetapi sebaik sahaja membuka mata, wanita ini melompat dan menjerit keriangan melihat anak perempuan berada di hadapannya. Si ibu lantas memeluk erat dan mencium pipi anak tersayang.
Peluk, cium anak tersayang
Menurut Atierah, ini adalah merupakan hadiah yang paling mahal yang pernah diberikan kepada ibunya iaitu bernilai RM14k. Dia dikatakan telah mengumpulkan wang tersebut selama sebulan. Sementara itu, Atierah meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada ibunya kerana telah mendidik, membesarkan dan memberikan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka adik-beradik meskipun berstatus ibu tunggal.
‘Love you mama’
@bebytoratorai love u mama ??? original sound – bebytora
@bebytoratorasronokkknya mama ?? original sound – bebytora
Sedihnya…
@bebytoratoraReply to @mhdamyrul10._? original sound – bebytora
Sumber: Bebytora