Gara-gara tertekan ditegur bapa, seorang remaja perempuan dipercayai membuat cubaan untuk terjun dari jambatan di kilometer 46 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dekat susur Berjaya Hills Bukit Tinggi, semalam.
Tertekan ditegur bapa
Menerusi laporan Harian Metro, remaja berusia 16 tahun itu berjaya diselamatkan oleh pihak polis dan pasukan bomba dan penyelamat sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
Bomba juga dihubungi untuk bantuan memasang jaring di bawah jambatan. Namun, ketika proses memujuk itu, Ketua Balai Polis Bukit Tinggi Sarjan Mejar Maznan Omar sempat berlari ke arah mangsa dan menariknya dari belakang. Beliau dibantu anggota lain dan remaja berkenaan berjaya diselamatkan.
Menurut Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Zaiham Mohd Kahar, mereka menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian tersebut pada pukul 2.12 petang dan sepasukan polis dari Balai Polis Bukit Tinggi telah tiba di lokasi berkenaan. Tambah beliau, remaja itu dilihat duduk di tebing jambatan dan beberapa anggota cuba untuk memujuknya supaya bertenang.
Video mangsa cuba untuk terjun
Ujar Zaiham lagi, mangsa didakwa tertekan selepas ditegur kerana sering bermain permainan video di telefon bimbit dan bapanya telah merampas telefon tersebut. Mangsa juga dimaklumkan mengalami kemurungan dan dalam rawatan.
Sumber: Harian Metro & Info Roadblock JPJ/Polis