Umum mengetahui, pendaftaran janji temu imunisasi Covid-19 bagi program vaksin AstraZeneca Fasa 2 telah dibuka hari ini. Selain Kuala Lumpur dan Selangor, pendaftaran janji temu bagi fasa kedua ini turut diperluaskan di negeri Johor, Sarawak dan Pulau Pinang.
Di Twitter rata-rata netizen meluahkan rasa tidak ‘berpuas hati’ megenai sistem yang dibuat oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV). Menurut netizen, mereka mengalami kesukaran semasa hendak melakukan proses janji temu pada hari ini.
Tempahan telah ditutup
Habis kami ni macam mana? Yang tekan button negeri dari awal tak lepas-lepas? I masuk website 15 minit awal tau. Pastu lagi 15 minit apa pun tak ada.
Dari pukul 12 punya tunggu, last sekali apa pun tak ada. Sistem macam mana ni?
Nak salahkan siapa dalam kes ni? Dah semangat nak daftar vaksin, last sekali tempahan telah ditutup.
Mustahil ramai sempat daftar, nak pilih negeri pun berjam-jam kami tunggu.
Di Twitter, rata-rata netizen yang mahu mengambil vaksin memberitahu bahawa mereka sudah melakukan persiapan sejak pukul 12 tengah hari tadi. Namun begitu, kebanyakan daripada netizen tidak dapat mendaftar tempahan slot janji temu mereka. Ini kerana, mereka menghadapi kesukaran di bahagian pemilihan negeri. Bahkan, ada juga yang masih menunggu di bahagian pengesahan dek kerana sistem tersebut yang dipercayai lambat.
Lebih membuatkan netizen marah, tempahan untuk slot fasa kedua ini ditutup dalam waktu yang singkat. Malah, netizen turut mendakwa yang mereka tidak percaya bahawa slot tersebut boleh penuh dengan cepat sedangkan masih ramai lagi yang berusaha untuk mendaftar.
Ramai dah ada kesedaran
View this post on Instagram
Di Instagram, rata-rata selebriti turut meluahkan perkara yang sama di mana mereka tidak dapat mendaftar tempahan janji temu vaksin. Menurut Shila Amzah, ramai individu sudah mula sedar mengenai pentingnya vaksin. Namun begitu, sistem mengenai pendaftaran vaksin ini perlu diperbaiki terlebih dahulu bagi memudahkan urusan masyarakat di negara ini.
View this post on Instagram
Sumber: Twitter & Instagram