berita

[Video] Masalah Air Selangor Bakal Berakhir Dengan Inisiatif Ini?!

October 26th, 2021 | by farha
Isu & Kontroversi

Sekiranya diberi pilihan antara masalah takde api atau takde air dirumah, korang pilih yang mana? Kalau Min lebih rela takde api, janji kat rumah ada air. Cuba korang bayangkan, kalau masalah takde air ni dalam waktu yang panjang, pastinya banyak kerja-kerja rumah akan tertangguh dan keadaan akan jadi kucar-kacir.

Memang tak dinafikan rakyat Selangor setiap tahun berhadapan dengan masalah air. Walaupun diberi notis awal, namun tak semua daripada kita bersedia dengan gangguan air ni. Adakah kerajaan Selangor hanya mendengar keluhan setiap rakyat, tapi apakah langkah yang diambil untuk atasi masalah ini?

Inisiatif Kerajaan Untuk Air Selangor

Paling mencabar bila negara diserang Covid19 pada tahun 2020 dan dalam masa yang sama di Selangor juga turut terkesan kerana gangguan air disebabkan penjenayah alam sekitar yang mencemarkan sungai di sekitar Selangor. Ekoran dengan masalah pencemaran air ini, kerajaan Selangor telah menyediakan beberapa inisiatif untuk atasi masalah ini. Nak tau apakah inisiatif itu, jom tengok video ni sampai habis tau!

Terdapat 4 strategi yang telah diluluskan untuk dilaksanakan pada tahun 2021 bagi mengatasi masalah pencemaran sungai. Kerajaan Selangor mengeluarkan kos hampir RM200 juta untuk melaksanakan semua strategi ini.

Ini ada srategi yang dilakukan oleh Kerajaan Selangor untuk atasi masalah pencemaran air:-

Strategi 1: Rawatan Biologi Di Kolam-Kolam Berkenaan Di Hulu Sungai Selangor

Strategi 2: Kerajaan Selangor memperkemaskan tindakan pemantauan Lembangan Sungai melalui pemantauan dan pengawasan menggunakan dron berteknologi tinggi serta penambahan petugas LUAS untuk mengadakan pengawasan 24jam dan pantauan ‘River Patrol’.

Strategi 3: Pembinaan Infrastruktur Pengepaman terus dari Hybrid off River Augmentation Storage atau singkatannya HORAS 600.

 

Strategi 4: Penguatkuasaan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dalam PINDAAN 2020.

Air Selangor juga kini sedang melaksanakan pembangunan Skim Bekalan Air Rasau dengan membina Loji Rawatan Air Rasau Peringkat 1 untuk mengurangkan kebergantungan kepada bekalan air dari loji-loji rawatan air di Sungai Selangor. Loji ini dijangka akan siap pada tahun 2024 dan akan memberi manfaat. Untuk dapatkan maklumat lebih lanjut, boleh ke website Air Selangor

Untuk menjayakan usaha kerajaan negeri Selangor dalam menangani isu air ni, rakyat Selangor kena la mainkan peranan anda!

 

The following two tabs change content below.

farha

Video Content Champion
It's going to be hard but hard is not impossible

SKIP THIS AD ×