berita

‘Sarah Masih Lagi Belum Sedar, Masih Perlukan Bantuan Oksigen…’ – Shuib Sepahtu

August 7th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Foto: Shuib Sepahtu

Umum mengetahui, penyanyi Siti Sarah selamat melahirkan bayi lelaki kira-kira pukul 5 petang semalam. Bagaimanapun, ujar pengurusnya iaitu Nana Mohammad Rom, Sarah masih belum sedarkan diri sehingga sekarang.

Artikel Berkaitan: Siti Sarah Dimasukkan Ke ICU, Shuib Mohon Dipermudahkan Urusan

Artikel Berkaitan: Tahap Oksigen Siti Sarah Makin Menurun, Shuib Mohon Doakan Isteri & Anak Dalam Kandungan

Artikel Berkaitan: ‘Siti Sarah Dah Ditidurkan..’ – Pengurus

Terbaru, suami kepada Sarah iaitu Shuib Sepahtu, menerusi Instastory tampil menceritakan keadaan terkini isterinya.

‘U kuat sayang!’

Foto: Shuib Sepahtu

Ujar Shuib, dia tahu isterinya kuat dalam menempuh penyakit tersebut dan menjelaskan mereka sekeluarga sedang menanti kepulangannya dengan penuh sabar.

I tau u dengar setiap kata hati. U kuat sayang! I dan anak-anak akan tunggu balik.

Berbicara mengenai keadaan Sarah, penyanyi tersebut masih belum sedarkan diri dan memerlukan bantuan oksigen. Pada masa yang sama, Shuib turut meminta jasa baik orang ramai untuk mendoakan supaya anak dan isterinya kembali sihat seperti sedia kala.

Setakat pagi ni, Sarah masih lagi belum sedar. Masih lagi perlukan bantuan oksigen, cuma alhamdulillah ada peningkatan. Pukul 11 malam oksigen drop sampai 40%. Tapi pukul 2 pagi alhamdulillah oksigen naik sampai 77 dan baru tadi doktor update oksigen Sarah 80%.

Saya harap semua yang melihat post ini terus mendoakan dia dan anak ya. Semoga kalian dipermudahkan urusan dunia dan akhirat.

Terdahulu, Sarah yang sedang sarat hamil lapan bulan dikejarkan ke hospital berikutan tahap oksigen yang semakin menurun sebelum ditidurkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).

Instastory penuh

Sumber: Shuib Sepahtu

SKIP THIS AD ×