Baru-baru ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) memaklumkan Ebit Lew dan isterinya dipanggil semula untuk dirakam keterangan berhubung kes gangguan seksual. Susulan daripada itu, Ustaz Ebit dipercayai jarang memuat naik sebarang posting di media sosial.
Artikel berkaitan: Ebit Lew & Isteri Dipanggil Ke Bukit Aman, Polis Sahkan Keterangan Sudah Direkod
Terbaru, Ustaz Ebit kembali memuat naik beberapa posting di akaun Instagramnya. Menerusi posting yang dikongsikan, rata-rata netizen meluahkan rasa rindu mereka terhadap pendakwah bebas itu.
Alhamdulillah
View this post on Instagram
Bahagia di hati bila kita berterima kasih pada Allah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! Ustaz Ebit memuat naik sebuah video sewaktu dirinya dan keluarga pergi bercuti di Pulau Langkawi, baru-baru ini. Ustaz Ebit turut meluahkan rasa syukur dan berterima kasih kepada Allah kerana memberi kebahagiaan buat dirinya dan keluarga.
Ramai rindu ustaz
Jika diteliti di ruangan komen pula, rata-rata kenalan rapat mahupun netizen meluahkan rasa rindu mereka terhadap Ustaz Ebit. Ujar netizen, sudah lama mereka tidak melihat sebarang posting daripada Ustaz Ebit.
Sumber: Ustaz Ebit