Foto: Sinar Harian
Dua lelaki dipercayai lemas ketika cuba menyelamatkan ibu dan adik mereka yang hampir lemas ketika bermandi-manda di Sungai Air Beruk, Kampung Padang Stang, Gerik.
Lemas ketika selamatkan ibu, adik
Foto: Berita Harian
Memetik laporan Berita Harian, mangsa yang dikenali dengan nama Abdul Rahman Ramli bersama abang iparnya, Ahmad Asymuni Idris disahkan meninggal dunia di tempat kejadian ketika menyelamatkan ibu dan adik Abdul Rahman yang hampir lemas. Menurut Ketua Polis Daerah Gerik, Superintendan Zulkifli Mahmood, kedua-dua mangsa bersama ahli keluarga yang lain termasuk saudara-mara telah pergi ke sungai terbabit untuk bermandi-manda.
Namun siapa sangka, ketika mandi, ibu dan adik mangsa (Abdul Rahman) hampir lemas menyebabkan kedua-dua mangsa cuba untuk menyelamatkan.
Ibu mangsa dapat diselamatkan bersama adik mangsa yang turut hampir lemas, manakala kedua-dua mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan dari Hospital Gerik.
Difahamkan, ibu dan adik mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk rawatan lanjut sementara mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Gerik untuk dibedah siasat. Menurut pihak polis, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut akibat lemas.
Sumber: Berita Harian