berita

Korang Peminjam PTPTN? Ni Benda Yang Korang Kena Ambil Tahu Tentang Bayaran Balik Pinjaman

November 22nd, 2021 | by Sya Alkaf
Sponsored Post

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukanlah satu nama yang asing lagi di kalangan pelajar dan graduan. Sebab PTPTN lah ramai diantara kita dapat menamatkan pelajaran tanpa perlu memikirkan peningnya nak bayar yuran dulu kan?

Haa.. tapi dah habis belajar tu korang jangan pula buat-buat lupa nak bayar semula hutang PTPTN tau! Ia bagi menjamin masa depan pendidikan generasi akan datang :)

3 perkara yang perlu korang tahu tentang bayaran balik pinjaman PTPTN

Saluran pembayaran balik pinjaman

Kredit foto: Kosmo

Pembayaran boleh dibuat melalui mana-mana kaunter pembayaran PTPTN, pembayaran secara dalam talian (online), melalui potongan gaji ataupun debit terus dan juga pengeluaran Akaun 2 KWSP.

Info lanjut layari https://www.ptptn.gov.my/kaunter-side 

Tindakan Mesra PTPTN Bantu Peminjam

Untuk makluman korang, PTPTN sentiasa berusaha membantu peminjam, antaranya ialah PTPTN turut menambah baik sistem peringatan awal kepada peminjam untuk mengurangkan hutang tertunggak dengan pelaksanaan notis yang lebih mesra dan humanising bagi mendekatkan PTPTN dengan peminjam.

Jadi, korang jangan risau, korang boleh berunding untuk membuat penstrukturan semula pinjaman supaya bayaran bulanan dapat dikurangkan mengikut kemampuan.  

Ha..ni lagi best, Inisiatif #PTPTNSediaBantu juga telah diperkenalkan bagi memudahkan peminjam berurusan dan menyebar luas pelbagai saluran yang lebih mudah, cepat dan selamat serta membantu peminjam untuk memahami dan menggunakan saluran perhubungan PTPTN yang ada dengan berkesan.

Jadi sebarang persoalan yang membelenggu fikiran korang mengenai bayaran balik pinjaman ni boleh terus berhubung dengan barisan frontliners PTPTN yang sentiasa komited untuk memberikan perkhidmatan terbaik dalam membantu menyelesaikan urusan atau menjawab persoalan melalui saluran yang telah disediakan.  Mudah, cepat dan selamat kan !! 

Selain daripada tu, disamping buat bayaran balik, korang juga berpeluang untuk menang hadiah tau. Menarik kan!!

PTPTN memperkenalkan pelbagai saluran bayaran baharu untuk membantu peminjam membuat bayaran balik pinjaman dengan pelaksanaan kempen menarik yang memberikan manfaat kepada peminjam seperti kerjasama strategik bersama AnsaraPay, PayHalal dan ShopeePay melalui kempen Click, Pay & Earn is Back!.

PTPTN telah melaksanakan pelbagai pendekatan mesra pelanggan untuk membantu dan memudahkan urusan peminjam bagi membuat bayaran balik pinjaman mereka. Melalui pembentangan Bajet 2022, Kerajaan telah bersetuju memberikan insentif diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN bermula 1 November 2021 hingga 30 April 2022.

Diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN sehingga 15% 

Berita baik untuk semua peminjam PTPTN! Berdasarkan Bajet 2022 yang diumumkan baru-baru ni, kesemua peminjam layak menikmati diskaun sehingga 15% untuk pembayaran penuh! Yeass!

Ini lah masa yang tepat untuk langsaikan hutang PTPTN korang!

Kalau ada duit lebih apa kata korang langsaikan terus pinjaman PTPTN korang, sebab dengan potongan diskaun sebanyak 15% tu memang banyak boleh jimat geng!

Nak buat pembayaran sebanyak 50% daripada baki hutang dulu pun tak ada masalah ya. Korang juga layak menerima diskaun sehingga 12% dengan syarat ia harus dibuat dalam sekali bayaran.

Untuk yang lebih selesa dengan pembayaran secara potongan gaji atau debit terus pula, korang akan menikmati 10% diskaun mengikut jadual pembayaran yang telah ditetapkan!

Permohonan untuk pembayaran melalui potongan gaji boleh dimohon melalui pautan di SINI, sementara untuk direct debit korang boleh ke SINI.

Bagi pilihan pembayaran penuh pinjaman atau 50 peratus daripada baki hutang dalam sekali bayaran korang perlu mendapatkan pengesahan baki hutang terlebih dahulu melalui portal rasmi PTPTN di SINI atau hubungi Eksekutif Pemasaran PTPTN.

So tunggu apa lagi? Korang kena manfaatkan peluang yang ada ni tau! Bukan selalu boleh merasa diskaun untuk bayaran balik pinjaman PTPTN, bila dah ada ni kenalah guna sebaiknya!

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai diskaun bayaran balik pinjaman PTPTN, korang boleh ke portal rasmi PTPTN.

SKIP THIS AD ×