berita

Nabila Razali Cuci Rumah Mangsa Banjir, Netizen Fokus Dengan Penampilan – ‘Pakai Baju Putih Habis La Kena Lumpur’

December 27th, 2021 | by Zulaikha
Kini Trending

Banjir besar yang melanda beberapa buah negeri baru-baru ini makin surut dan kerja-kerja pembersihan mula dijalankan. Selain orang ramai berganding bahu membantu, golongan selebriti turut ringan tulang turun ke kawasan memerlukan bantuan.

Artikel Berkaitan: Tak Boleh Balik Kampung Sebab Anak Tak Sihat, Siti Nurhaliza Risau Tengok Keadaan Banjir Di Pahang – ‘Saya Di Kuala Lumpur Tapi Hati Di Daerah Lipis’

Artikel Berkaitan: Adik Shila Amzah Minta Sukarelawan Bantu Cuci Rumah, Netizen Jadi ‘Bitter’ – ‘Baik Tolong Orang Susah Kat Kampung Daripada Artis Kaya’

Tak dapat bagi duit, bagi tenaga

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ? (@nabila.razali)

Penyanyi dan pelakon Nabila Razali antara selebriti yang turun padang membersihkan rumah mangsa terjejas di sekitar Sungai Lui, Hulu Langat, Selangor.

Terkesan melihat keadaan tempat yang dilanda banjir, Nabila, 29, memohon agar lebih ramai sukarelawan datang berkongsi tenaga selain menghulurkan bantuan dari segi kewangan.

Menerusi rakaman video yang dimuat naik di Instagram (IG), dilihat pemilik nama Nur Nabila Mohd Razali sedang membersihkan limpahan lumpur dengan kemeja putihnya.

Awat pakai baju putih?

Bagaimanapun, penampilan pelantun lagu Peluang Kedua itu telah menjadi topik bualan dalam kalangan pengguna media sosial.

Rata-rata warganet mempersoalkan pemilihan baju yang dibuat pelakon drama Hikayat Cinta Si Pematah Hati yang dianggap tidak sesuai dengan persekitaran yang kotor.

Namun, ada segelintir yang berpendapat untuk tidak memanjangkan isu remeh ini dan memberi fokus kepada golongan yang terkesan.

Dalam pada itu, beberapa selebriti tanah air lain juga memerah keringat membantu golongan terjejas seperti Wany Hasrita, Ara Johari, Nora Danish, Datuk Seri Siti Nurhaliza, Harith Iskander dan Ajak.

Sumber: Instagram @nabila.razali

SKIP THIS AD ×