Nama, Aina Abdul sekali lagi menjadi bahan bualan netizen gara-gara busana putih yang digayakannya pada malam separuh akhir Muzik Muzik 36 sebentar tadi.
Persembahan macam final
Rata-rata netizen memberi pujian buat Aina kerana sentiasa konfiden dan berani menggayakan imej tersebut ketika beraksi di pentas separuh akhir Muzik Muzik 36. Busana rekaan pereka tempatan tersebut menjadi tumpuan ramai apabila bahagian kanan, kiri dan hadapan Aina dikatakan seperti ‘comforter’, ‘winter coat’ dan ‘igloo’.
Selain busana, netizen turut memuji persembahan Aina ketika menyanyikan lagu ‘Sepi’ sebentar tadi. Ujar netizen, Aina seorang penyanyi yang hebat dan memiliki vokal yang mantap. Mereka berharap penyanyi berusia 28 tahun itu berjaya menempatkan diri ke pentas Anugerah Juara Lagu 36.
Musim sejuk dapat baju Aina pun best!
Di Twitter, rata-rata netizen sempat berseloroh dan bertanya kepada Aina sama ada dirinya berada dalam keadaan kesejukan ketika memakai busana tersebut. Bukan itu sahaja, netizen meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat busana Aina yang seterusnya sekiranya lagu ‘Sepi’ layak ke final AJL 36.
Terdahulu, fesyen unik Aina Abdul di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 34 berjaya buat ramai terkesima. Aina yang memakai busana bewarna hitam pada waktu itu mencuri tumpuan ramai apabila bahagian kepalanya dilihat persis sekuntum bunga yang besar.
Sumber: Aina Abdul