Sekadar gambar hiasan
Lima pencuri di Kabupaten Indramayu, Indonesia ‘berputih mata’ selepas tersalah memilih beg yang berisi lampin ketika merompak pada Khamis yang lalu (17/2/2022).
Difahamkan beg asal yang sepatutnya dirompak mempunyai wang sebanyak 200 juta rupiah (anggaran RM58,442.96).
Berputih mata salah pilih beg
Foto: Kompas
Ujar Ketua Polis Jatibarang, Kompol Ujang Rohimin, menerusi laporan Kompas suspek ketika itu bertindak memecahkan cermin kereta seorang wanita yang meletakkan kenderaannya di RTH Jatibarang.
Setelah menerima laporan, anggota segera ke lokasi kejadian dan memeriksa apa yang ada di dalam kereta.
Hasil siasatan awal mendapati suspek dipercayai mengambil beg plastik berisi lampin manakala duit sebanyak 200 juta rupiah masih berada di tempat duduk belakang kenderaan berkenaan.
Suspek telah ditahan
Sekadar gambar hiasan
Bercerita lebih lanjut, kelima-lima suspek telah pun ditahan dan mereka sebelum ini didakwa memecah masuk kereta rasmi Waka Polres Lebak. Hasilnya mereka dipercayai berjaya mencuri wang sebanyak 100 juta rupiah (anggaran RM29,214.12) pada Disember 2021.
Suspek masih dalam siasatan polis.
Sumber: Kompas