Selepas 2 tahun tak beraya dekat kampung, tahun ni memang dah bersedia nak all out! Tempah baju awal, dah pilih pattern tudung apa nak buat, tema anak-anak untuk raya pertama, kedua, ketiga semua dah siaaaaap! Yang tinggal, tengah fikir nak bawak kereta ke nak book tiket kapal terbang ek?
Ha dah tak payah fikir, tempah sekarang sebab MH ada buat promosi harga terendah! Memang boleh sangat-sangat korang beli untuk balik kampung raya ni. Bukan tu sahaja, puasa pun boleh balik! Tak payah dah bergaduh laki bini nak balik kampung mana.
Alang-alang cuti sekolah, boleh juga bawak anak-anak berjalan. Akhirnya dapat jugak bawak anak-anak untuk pergi bercuti! Lepas beberapa lama anak-anak tengok video kapal terbang dalam TV atau kartun kini mereka dah boleh merasai sendiri pergi ke lapangan terbang dan naik kapal terbang!
Wahhh seronoknya dengar. Min pun excited sekali! Ada juga diskaun lain yang korang akan dapat tau. Jom tengok!
Harga serendah dari RM79 untuk ke semua destinasi dalam Malaysia!
Bermula dari 25 Feb sehingga 13 Mac ni, korang berpeluang untuk beli tiket dengan harga serendah RM79 untuk Kelas Ekonomi manakala dari RM359 untuk Kelas Perniagaan!
Paling best sebab harga ni boleh ke serata Malaysia! Termasuklah Sabah dan Sarawak!
Nak lagi mudah, rujuk senarai dibawah:
Dari Johor Bahru ke Langkawi:
– Tiket sehala Kelas Ekonomi dari RM59
– Tiket sehala Business Class dari RM399Dari Kuala Lumpur ke Semenanjung Malaysia:
– Tiket sehala Kelas Ekonomi dari RM79
– Tiket sehala Kelas Perniagaan dari RM359Dalam kawasan Sabah & Sarawak:
– Tiket sehala Kelas Ekonomi dari RM79
– Tiket sehala Kelas Perniagaan dari RM359Dari Kuala Lumpur ke Sarawak:
– Tiket sehala Kelas Ekonomi dari RM109
– Tiket sehala Kelas Perniagaandari RM699Dari Penang ke Kuching:
– Tiket sehala Economy Class dari RM109
– Tiket sehala Kelas Perniagaan dari RM699Dari Kuala Lumpur ke Sabah:
– Tiket sehala Kelas Ekonomi dari RM119
– Tiket sehala Kelas Perniagaan dari RM899Dari Penang ke Kota Kinabalu:
– Tiket sehala Kelas Ekonomi dari RM169
– Tiket sehala Kelas Perniagaan dari RM899
Pembelian ini boleh digunakan untuk penerbangan dari 25 Februari sehingga 30 Jun manakala tiket terus dari Penang ke Kota Kinabalu dan Kuching adalah dari 25 Februari sehingga 10 April 2022.
Harga ni untuk tiket domestik sahaja tau. Memang berbaloi sangat! Malaysia Airlines ni juga mendapat rating 7 untuk penjagaan SOP Covid mereka tau. Jadi, korang tak perlu risau untuk bercuti!
Ada 15% diskaun tambahan juga! Wow!
Selain daripada harga rendah diatas, Malaysia Airlines juga memberikan diskaun untuk pemilihan seat, bagasi tambahan dan boleh dapat extra bonus enrich points!
Boleh rujuk senarai dibawah:
1. 15% off pemilihan tempat duduk
– Hanya untuk Kelas Ekonomi sahaja2. 15% off bagasi tambahan
– Untuk Kelas Ekonomi dan Perniagaan3. 15% off value bundle (tempat duduk standard dan 10kg bagasi tambahan)
– Hanya untuk Kelas Ekonomi sahaja4. 10% bonus Enrich points
– Untuk Kelas Ekonomi dan Perniagaan
Jadi guys apa lagi, boleh mula dah plan dalam group Whatsapp tu! Korang boleh klik dekat SINI untuk dapatkan tawaran ni. Sehingga 13 Mac je tau jadi jangan tunggu lama-lama!
Selamat bercuti!