Kelainan yang dibawa oleh seorang lelaki ketika memasak pelbagai menu menggunakan dapur kayu arang berjaya mengimbau kenangan lalu pengguna yang menyaksikan video lelaki tersebut di laman TikTok.
Walaupun rata-rata pengguna pada hari ini telah menggunakan dapur gas, namun lelaki dikenali sebagai Jefrimejan79 masih menggunakan cara tradisional bagi menyediakan hidangan harian.
Masak cara tradisional
Menerusi video dikongsi di laman TikTok, lelaki ini berkongsi pelbagai resipi mudah dan cara-cara memasak yang boleh diikuti oleh ramai. Antara menu yang telah dikongsi oleh lelaki ini adalah pindang ikan kembung, mi goreng, ayam ungkep, nasi impit dan banyak lagi.
Difahamkan lelaki ini memasak pada waktu pagi, tengah hari dan menggunakan dapur kayu arang sebagai medium utama untuk memasak makanan harian dia bersama keluarga. Video yang meraih lebih satu juta tontonan memaparkan menu-menu yang senang dimasak dan boleh diikuti seperti telur masak kicap, nasi impit, dan ayam masak kicap.
Ketika artikel ini ditulis akaun lelaki tersebut telah mempunyai hampir 95k pengikut dan 945k tanda suka. Jika dilihat ruangan komen, rata-rata netizen turut teruja dengan kaedah memasak yang digunakan dan mengimbau kenangan mereka ketika masih kecil.
Pemilik video ini pada masa yang sama turut mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang diberikan kepadanya.
Terima kasih semua sebab sokong video TikTok saya. Belum sempat nak reply semua, semoga kita semua dimurahkan rezeki & dipermudahkan segala urusannya.
Video penuh:
@jefrimejan79 Assalamualaikum… Jam 7 pg pun masih gelap sekarang ni, perubahan fenomena waktu & cuaca, semoga kita semua dibawah lindunganNYA? #pagi #fy #fyp? ? suara asli – Batara Linggar Murti
@jefrimejan79 Sekejap jer dah hujung bulan ?, syukurlah dgn apa yg ada ? #telurgoreng #masakdirumah #dapur #fyp? ? original sound – Fadhli – TuanFadhli
@jefrimejan79 Terima kasih yg join live saya masak tadi, ni hasilnya Pindang Ikan Kembung ? #ikanpindang #hello2022 #masakdirumah#fyp? ? Gurindam Jiwa – DBPMalaysia
Respon netizen
Sumber: Jefrimejan79