Dua tahun menunggu, akhirnya pada tahun ini kita dibenarkan merentas negeri bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ini bukanlah satu tempoh yang singkat. Ramai yang menanti dan merindukan saat-saat mesra berkumpul, bergelak ketawa bersama keluarga tercinta di hari bahagia.
Oleh sebab itu, tak hairanlah ramai yang telah mula rancang tarikh dan masa perjalanan pulang ke kampung agar perjalanan yang bakal ditempuhi lancar dan selamat.
Nikmati perjalanan pulang & cipta kenangan bersama yang tersayang!
Dah lama tak pulang ke kampung dan memandu jarak jauh kan? So, pastikan korang memandu dengan cermat dan selamat kerana ada yang menanti di kampung.
Sambil-sambil memandu tu, ciptalah kenangan baru sepanjang perjalanan nanti. Kalau boleh hayatilah dan nikmatilah perjalanan tersebut bersama keluarga dengan gurau senda dan gelak ketawa untuk dijadikan kenangan pada masa akan datang.
Sama macam Zati dan ayahnya dalam video #MisiBalikKampungSafely diatas. Zati dan ayahnya habiskan masa bercerita, bergurau dan ketawa bersama-sama semasa dalam perjalanan pulang ke kampung.
Ye la, kampung mereka jauh dan perjalanan yang ditempuhi itulah yang menjadi kenangan terindah buat dirinya bersama ayahanda tercinta. Nak tahu apa yang terjadi, korang saksikanlah sendiri video diatas sampai habis, ye.
Pandu cermat, jiwa selamat!
Memandu memerlukan fokus yang tinggi. Jadi, jangan pandu secara melulu terutama sekali semasa musim perayaan ini. Jalan pasti sesak.
Tahulah, rindu dekat mak, ayah, atok, nenek, abang, kakak, mak cik, pak cik semua tapi keselamatan perlu diutamakan. Jadi, ikut peraturan jalan raya tau.
Kalau boleh, bertolak ansurlah dengan pemandu yang lain. Jangan pentingkan diri. Paling penting, gunakan peluang ini untuk meluangkan masa bersama keluarga. Berbual dan berceritalah dengan mereka, pasti perjalanan korang lebih ceria dan menarik nanti.
Servis kereta untuk perjalanan yang lancar!
Pemanduan yang lancar bermula dengan keadaan kereta yang baik. Oleh itu, pastikan korang servis kereta korang sebelum memulakan perjalanan.
Sekarang Lim Tayar ada buat promosi, dimana korang boleh memenangi pemadam api (1kg), edisi terhad raya yang diperakui oleh ISO 9001 apabila servis kereta dengan mereka melalui pakej “#MisiBalikKampungCheck”!
Melalui pakej ini, kereta korang akan di servis secara keseluruhan. Perincian servis adalah seperti dibawah.
1. Pemeriksaan sistem engin- pemeriksaan minyak engin & penapis udara
2. Pemeriksaan brek- minyak brek & pemeriksaan visual pad brek
3. Auto transmission fluid
4. Tayar- keadaan tayar & tekanan udara
5. Pemeriksaan sistem belting- tali sawat
6. Pengelap depan cermin kereta
7. Bateri kereta
8. Penghawa dingin kereta
Lepas dah servis macam mana nak menang hadiah? Relaks guys, cara nak menang mudah je. Korang ikut je satu persatu langkah dibawah. Jangan skip. Mana tahu korang adalah pemenang yang Lim Tayar cari.
1. Kunjungi mana-mana kedai Lim Tayar untuk melengkapkan “#MisiBalikKampungCheck”!
2. Baucar akan diberikan setelah perkhidmatan selesai.
3. Pergi ke fanpage Facebook Lim Tayar.
4. Cari posting giveaway #MisiBalikKampung dan masukkan nombor siri baucar dan jangan lupa komen ucapan Selamat Hari Raya pada posting tersebut.
5. Pemenang akan diumumkan pada 22 April (30 pemenang), 29 April (30 pemenang), dan 10 Mei (30 pemenang).
** Peraduan sah bermula 15 April 2022 hingan 9 Mei 2022
** Tertakluk kepada terma dan syarat
**maklumat lanjut ada di https://limtayar.com.my/promotion/misi-balik-kampung-safely/
Ha! Menarik kan promosi dan pakej servis kereta yang Lim Tayar tawarkan? Bagi mengelakkan kereta meragam dan perjalanan pulang ke kampung halaman berjalan lancar. Eloklah kita servis kereta dahulu. Barulah pemanduan dalam perjalanan kita lancar dan selamat!