Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki warga Ukraine bersama dan tiga lelaki tempatan ditahan polis dalam serbuan di bangunan kedai di Batu 11, Cheras pada 24 Mei lalu.
39kg syabu dirampas
Sekadar gambar hiasan
Memetik laporan Harian Metro, dalam serbuan tersebut, pihak polis berjaya merampas satu kotak bungkusan teh cina serta plastik mengandungi syabu seberat 39 kilogram yang dianggarkan bernilai RM1.4 juta. Bahan terlarang itu dipercayai diletakkan di dalam sebuah kereta jenis Perodua Bezza.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Selangor Asisten Komisioner Ahmad Jefferi Abdullah, kegiatan sindiket pengedaran dadah di Lembah Klang itu dipercayai beroperasi sejak enam bulan lalu.
Dalam serbuan itu, kami menahan seorang lelaki warga Ukraine dan tiga lelaki tempatan berusia antara 30 hingga 44 tahun yang sedang leka mengangkat kotak.
Kami turut menyita tiga kereta iaitu Mercedes Benz, Toyota Vios serta Perdua Bezza; wang tunai berjumlah RM20,380; wang tunai 35,000 baht atau RM4,503 dan beberapa barang kemas bernilai RM109,200 menjadikan nilai keseluruhan sitaan sebanyak RM389,083.
Suspek ditahan reman
Sekadar gambar hiasan
Hasil siasatan awal mendapati, bekalan dadah berkenaan dipercayai diperoleh dari negara jiran sebelum diedarkan kepada pengedar dadah kecil-kecilan di sekitar Lembah Klang. Hasul ujian saringan mendapati dua daripada empat suspek positif dadah dan dua daripada mereka juga mempunyai rekod kesalahan kes dadah serta jenayah.
Semakan dilakukan mendapati pasport milik individu warga Ukraine berkenaan adalah sah. Dia sudah dua kali datang ke Malaysia iaitu pada April lalu sebelum keluar ke Thailand dan datang semula awal bulan lalu (Mei).
Semua suspek telah ditahan dan direman selama tujuh hari bermula 25 Mei hingga esok. Permohonan untuk melanjutkan reman akan dilakukan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.
Sumber: Harian Metro