Sebelum ini, ada desas-desus mengatakan bahawa rumah tangga pelakon sensasi Indonesia Nia Ramadhani yang dibina bersama ahli perniagaan Ardi Bakrie selama lebih 10 tahun sedang berantakan. Bukan itu sahaja, pasangan ini juga pernah didakwa akan bercerai dan membawa haluan masing-masing.
Artikel Berkaitan: Dipenjara Setahun Kerana Miliki Syabu, Nia Ramadhani Didakwa Nak Bercerai Dengan Suami?
Artikel Berkaitan: Ditangkap Hisap Syabu, Nia Ramadhani Menangis Dijatuhi Hukuman Penjara Setahun
Terbaru, pelakon Sinetron Bawang Merah Bawang Putih ini akhirnya tampil membuka mulut menjawab segala dakwaan mengenai rumah tangganya.
Nafi bakal bercerai
Memetik laporan Liputan6, Nia Ramadhani menafikan dakwaan yang mengatakan rumah tangganya bersama suami, Ardi Bakrie berada dalam keadaan kurang baik. Sebaliknya dia meluahkan rasa syukur kerana hubungannya dengan suami semakin erat dan bertambah bahagia. Jelasnya lagi, mereka berdua kini saling memberi sokongan antara satu sama lebih-lebih lagi selepas terlibat dengan kes dadah pada tahun lalu.
Semuanya semakin baik, Alhamdulillah. Selepas apa yang berlaku, hubungan kami lebih erat dan menjadi keutamaan.
Menurut pelakon berusia 32 tahun ini lagi, dia kini sedang sibuk membantu suaminya dalam menguruskan sebuah pertandingan seni mempertahanankan diri. Sementara itu, Ardi Bakrie meluahkan rasa syukur dan bangga kerana mempunyai seorang isteri yang sentiasa ada disisinya memberi sokongan serta membantu perniagaannya.
Alhamdulillah, saya sebagai suami rasa senang mempunyai isteri yang sama-sama bekerja dalam bidang yang sama. Dia banyak membantu saya. Ini sekaligus menyelar dakwaan gosip mengatakan hubungan rumah tangga kami retak.
Sebagai rekod, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie berkahwin pada 2010 dan mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata. Namun pada Julai tahun lalu, Nia ditahan bersama suaminya atas kesalahan penyalahgunaan dadah dan mereka dikehendaki menjalani proses rehabilitasi selama 10 bulan. Proses tersebut dikhabarkan telah selesai sekitar Mac lalu.
Sumber: Liputan6