Foto: Tribun News
Seorang lelaki di Bengkulu, Indonesia yang dikenali sebagai KO didakwa menjerut isterinya, Amelina Efriyanti sehingga maut berikutan wanita berkenaan meluahkan rasa malu tidak mempunyai motosikal dan sempat meminta duit pada 3 Jun yang lalu.
Malu tak ada motosikal
Foto: Tribun News
Memetik laporan media tempatan, motif pembunuhan tersebut berlaku adalah disebabkan suspek marah terhadap mangsa. Suspek akui malu dan meminta supaya isterinya bersabar dalam tempoh dua bulan sebelum membelinya sebuah motosikal dan ianya selaras dengan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga.
Ujar KO lagi, dia hanya mempunyai RP 500 ribu (anggaran RM 150.34) sedangkan mangsa meminta RP 2.5 juta (anggaran RM757.96) bagi membeli sebuah motosikal serta perlu membayar hutang yang lain.
Dalam pada itu, pihak polis berjaya menjumpai dadah jenis methamphetamine di rumah suspek. Bagaimanapun, KO mendakwa itu bukan miliknya berikutan kediaman tersebut sering kali dijadikan tempat perjudian.
Sempat bertengkar
Foto: Tribun News
Difahamkan sebelum insiden tersebut berlaku, mangsa dan suspek sempat bertengkar antara satu sama lain mengenai isu hutang sebelum wanita berkenaan cuba mengugut dengan mengambil kabel elektrik yang tergantung di ruang hadapan rumah mereka dan bertindak melilitkan kabel tersebut pada lelernya.
Bagaimanapun suspek ketika itu seolah-olah tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh mangsa sebelum dia bertindak di luar kawalan dengan menarik sekuat hati kabel elektrik yang berada pada leher isterinya.
Sehingga mangsa sesak nafas dan terjatuh dalam keadaan duduk di atas lantai dengan membelakangi suspek. Ketika itu suspek terdengar bunyi keluar dari mulut mangsa seperti orang tercekik dan tidak boleh bernafas.
Selepas beberapa minit, barulah suspek sedar akan tindakannya dan melepaskan kabel tersebut dari leher mangsa namun isterinya sama sekali tidak bergerak dan dilaporkan sudah meninggal dunia.
Jika sabit kesalahan, suspek boleh dikenakan hukman penjara selama 15 tahun dan denda sebanyak Rp 45 juta.
Sumber: Tribun New