Tak dinafikan, membesarkan anak-anak bukanlah satu perkara yang mudah bagi seorang ibu malah setiap anak mempunyai ragam sendiri yang kadang-kala membuatkan ibu bapa pening dan perlu kesabaran tinggi untuk mendidik mereka.
‘Campak’ adik ke lantai
Baru-baru ini, seorang ibu yang dikenali dengan nama Amiera Baharom ada berkongsi satu video di TikTok memaparkan detik cemas yang dilalui mereka sekeluarga apabila anak sulungnya bertindak ‘melempar’ bayi yang berada di dalam ‘stroller’.
Pengajaran bagi kami untuk lebih berhati-hati dengan behaviour anak sulung kami.
Ketika kejadian, si anak sulung iaitu Amilia berada di ruang tamu bersama adik bongsunya yang masih bayi iaitu Amina manakala Amiera dan suami dipercayai berada di kawasan dapur. Tanpa diduga, Amilia tiba-tiba mengangkat Amina dari kereta sorong dan melemparkan ke lantai. Seorang lelaki yang dipercayai adalah bapa kepada dua beradik ini bergegas mendapatkan bayi kecil itu.
Kami akui silap kami sebab letak Amina dekat situ. Benda nak jadi, kami semua tak jangka semua ni.
Bercerita dengan lebih lanjut, Amiera memaklumkan bahawa anak sulungnya itu mempunyai masalah ‘mild autism’ dan kemungkinan itu adalah salah satu punca mengapa dia berbuat demikian. Tambah Amiera lagi, anak bongsunya iaitu Amina berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang luka.
Anak sulung saya, Amilia ada mild autism. Ini maybe salah satu penyebab dia bertindak macam tu. Percayalah, sebenarnya Amilia sayangkan adik dia.
Video
‘Terima kasih kepada yang mendoakan’
Sumber: Amiera Baharom