Di Instagram, seorang wanita yang dikenali sebagai Natasya Nadia meminta pertolongan pengguna jalan raya untuk mencari rakaman dashcam kemalangan yang berlaku semalam, di Highway Plus ke Arah Selatan (Sungkai).
Bertarung kesakitan
Menurut Natasya, dia merupakan ibu kepada bayi berusia 4 bulan yang tercampak ke tengah jalan raya dek sebuah kereta jenis BMW yang mencelah dan melarikan diri selepas melanggar keretanya.
Saya adalah ibu bayi berusia 4 bulan Aqasha Alhaq. Sebuah kereta BMW kelabu gelap Plate RS (no tak perasan) yang masuk dari laluan paling kiri terus mencelah ke depan kereta kami (inspira putih). Kereta tersebut terus lari selepas menghimpit kami dan berpusing beberapa kaki sebelum melanggar penghadang jalan sebelah kiri. Anak saya tercampak ke tengah jalan dan sedang bertarung kesakitan.
Ujar Natasya, tulang peha dan tulang pinggul anaknya telah patah dan berlaku pendarahan di otak selepas kemalangan tersebut. Oleh itu, dia berharap dapat mencari rakaman mengenai kemalangan tersebut secepat yang mungkin.
Sumber: Natasya Nadia