Bekalan elektrik di beberapa kawasan di Lembah Klang dilapor terputus sekitar 12.50 tengah hari tadi. Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.
Berikutan daripada itu, Bomba Selangor menerima sebanyak 11 laporan berhubung insiden terperangkap di dalam lif susulan gangguan bekalan elektrik yang berlaku.
Terperangkap dalam lif
Menurut Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Norazam Khamis, pihaknya menerima insiden terperangkap dalam lif sekitar pukul 12.50 tengah hari hingga 1.47 petang membabitkan beberapa kawasan perumahan bertingkat dan pasar raya.
Antara mangsa yang dilaporkan adalah seorang lelaki obesiti yang berusia 68 tahun dan wanita berusia 57 tahun yang mengalami masalah kesihatan. Kita bantu mereka untuk turun dari tingkat lima sebuah klinik ekoran ketiadaan bekalan elektrik menyebabkan lif tidak berfungsi.
Tambah Norazam, panggilan kecemasan diterima di kawasan Jaya One dan Centre Stage, Seksyen 13, Petaling Jaya; Kondo Liberty, Ampang; Flat Taman Sri Sentosa; Taman Industri Kidamai, Kajang; Bangunan Miec, Serdang; Icon City, Subang; dan Green Resident.
Sumber: Kosmo