Berpeluang menyampaikan berita bersama suami tercinta sudah tentu menjadi antara momen indah bagi personaliti TV, jika pasangan mereka turut bekerja di bawah stesen sama. Itu dirasai seorang pembaca berita RTM, Samsia Samsi apabila bertugas pada slot sama dengan suaminya Nazrie Fahmie yang juga penyampai segmen sukan.
Silakan sayang
@samsiasamsisampai tersasul husband panggil nama kita ?? original sound – samsiasamsi
Menerusi rakaman video di TikTok, Samsia mengakui terkejut apabila suaminya menyebut perkataan ‘silakan sayang’ ketika menyerahkan tugas kepadanya bagi menerangkan isu pembuangan sampah di negeri Selangor.
Sampai tersasul husband panggil nama kita.
Selain Samsia, penonton yang menyaksikan berita tersebut turut mendengar perkataan yang sama. Justeru, mereka mula memuji pasangan terbabit yang dilihat ‘sweet’ meskipun sedang memikul tanggungjawab sebagai penyampai berita. Namun begitu, Samsia menjelaskan bahawa suaminya menyebut nama pendeknya iaitu ‘silakan Sam’ dan bukan ‘sayang’ seperti didengari netizen.
Sumber: Samsia Samsi