Selepas pulang daripada Amerika Syarikat, pelakon Lana Nordin aktif dengan dunia bisnes apabila membuka kedai berasaskan bahan bakeri iaitu Lana’s Bakery Land yang terletak di Kota Damansara.
Artikel Berkaitan: Pernah Kemalangan Masa Bawa Motor RXZ, Lana Nordin Mengaku Dipaksa Buat Hidung – ‘Ada Saja Bersangka Buruk Hati Dah Hitam’
Kuih keria
View this post on Instagram
Terbaharu, Lana menyertai sebuah festival jualan makanan yang berlangsung di Wisma Geylang Serai, Singapura, baru-baru ini.
Menerusi hantaran di Instagram (IG) miliknya, Lana, 42, berkongsi video yang memaparkan pelbagai jenis manisan termasuk kuih tempatan dan minuman.
Namun, ada pula netizen yang mendakwa kuih keria yang dijual pelakon siri Suamiku Lelaki Pendosa kelihatan rentung di ruangan komen.
Maaf Kak Lana. Kenapa kuih keria macam dah rentung?
Tak ada orang nak jual rentung
Tidak mendiamkan diri, pemilik nama Mazlina Hasan Nodin membalas pertanyaan tersebut. Kata Lana, kuih keria itu sudah disalut dengan gula melaka dan dia tergamak untuk menjual yang sudah rentung.
Jawapan ibu kepada dua cahaya mata itu turut mendapat sokongan daripada pengguna media sosial yang lain.
Itu bukan rentung, dah salut dengan gula melaka memang kejadiannya macam itu. Yang penting sedap sangat.
Tak pernah makan keria ke?
Sumber: Instagram @lananodinmckienzie