Sekadar gambar hiasan
Seorang lelaki ditahan polis selepas didakwa memukul anak teman wanitanya sehingga meninggal dunia. Insiden tersebut dipercayai berlaku di Batam, Indonesia pada 3 November lalu.
Pukul anak teman wanita sampai mati
Memetik laporan Detik.com, suspek yang dikenali dengan nama Randi Pebriansah bertindak sedemikian kerana geram mangsa asyik menangis meskipun sudah dipujuk berkali-kali. Suspek yang berang bertindak memukul, mencekik dan melempar mangsa untuk mendiamkannya. Panik melihat keadaan kanak-kanak itu yang lemah, suspek segera menghubungi teman wanitanya, Amelia sebelum mangsa dikejarkan ke hospital. Tetapi malangnya, mangsa disahkan meninggal dunia.
Saya sudah suruh diam tapi dia terus menangis. Jadi saya pukul dan campak. Kerana biasa, kalau dia bangun tidur dan nangis ada mamanya. Saya tak beritahu yang saya pukul. Saya hanya beritahu, lepas saya bangun dari tidur, tengok dia tak bergerak.
Menurut Ketua Polis Sei Beduk, Betty Novia, penderaan itu terbongkar selepas keluarga mangsa melihat keadaan mayat mangsa yang dipenuhi dengan kesan bengkak di dahi dan lebam di beberapa bahagian badan.
Susulan daripada itu, keluarga mangsa nekad membuat laporan polis dan suspek telah ditahan polis bagi membantu siasatan. Difahamkan, Amelia telah meminta pertolongan teman lelakinya itu untuk menjaga anaknya ketika dia bekerja.
Sumber: Detik.com