Bila kita usap atau sikat rambut lepastu ada banyak kelemumur yang jatuh pada bahu mesti akan timbul rasa tak senang hati. Kelemumur juga menyebabkan pelbagai situasi memalukan seperti kesan jelas pada baju berwarna gelap, tempat duduk kereta dan sarung bantal dan lantai rumah.
Bukan itu sahaja, keyakinan diri kita pun akan rendah kerana kita dah cuba pelbagai kaedah untuk bersihkan kelemumur dari rambut kita tetapi masih tak hilang-hilang.
Lebih memalukan, ada yang menganggap masalah kelemumur berkait rapat dengan kurang kebersihan diri kerana ia merupakan penyakit kulit.
Tapi kan korang tahu tak apa sebenarnya punca kelemumur ini dan apakah cara yang terbaik bagi menghapuskan kelemumur dari rambut korang?
Simptom utama bagi mengenal pasti kelemumur!
Kelemumur terbentuk melalui serpihan kulit mati bermula pada kulit kepala. Tanda-tanda seperti gatal-gatal, kemerahan, kerengsaan serta serpihan kulit mengelupas pada kulit kepala adalah gejala biasa pada mereka yang menghadapi kelemumur.
Punca penyebab kelemumur antaranya adalah kulat bernama Malassezia biasanya berada di kulit kepala dan memakan minyak yang dikeluarkan oleh folikel rambut kita.Pertumbuhan sel kulit berlebihan boleh berlaku apabila ia di luar kawalan. Sel-sel kulit mati ini bercampur dengan minyak di rambut serta kulit kepala membentuk kelemumur.
Faktor cuaca panas dan lembab di negara kita menyebabkan kulit kepala sering berminyak sekaligus menyumbang kepada pembentukan kelemumur.
Solusi terbaik untuk mengawal kelemumur korang
Korang tau tak untuk menangani masalah kelemumur, antara solusi terbaik ialah mengekalkan gaya hidup sihat dan pemakanan yang sihat serta pengurusan stress yang baik .
Namun bukan itu sahaja, korang kena kerap syampu rambut bagi memastikan rambut korang bebas kelemumur dan kulit kepala tidak berminyak. Tapi bukan semua syampu mampu untuk membantu menghalang pembentukkan kelemumur. Hanya syampu yang berunsurkan anti-kelemumur boleh membantu untuk menangani masalah kelemumur korang
Selsun Blue adalah syampu sesuai untuk mereka yang menghadapi masalah kelemumur yang serius!
Untuk melawan masalah kelemumur, pelbagai syampu khas telah dicipta dan dijual di pasaran bagi merawat kelemumur serta mencegahnya. Salah satunya adalah Selsun Blue syampu berubat kelemumur, yang mengandungi 1% Selenium Sulfide yang khas diformulasi untuk merawat masalah kelemumur yang degil.
99% pengguna bersetuju bahawa syampu Selsun Blue berkesan melawan masalah kelemumur dengan efektif. Syampu Selsun Blue terbukti secara klinikal untuk menangani masalah kelemumur dalam masa dua minggu.
Selsun Blue juga mempunyai tiga variasi untuk menangani isu yang berbeza dan hadir dalam dua size iaitu 200ml dan 120ml. Jadi, korang boleh pilih variasi yang sesuai berdasarkan keadaan rambut korang seperti di bawah:
- Selsun Blue Extra Strength Shampoo: Anti-kelemumur, melegakan kegatalan kulit kepala dan mentol memberikan sensasi sejuk
- Selsun Blue Extra Moisturizing Shampoo: Anti-kelemumur serta mengandungi ekstrak Aloe Vera memastikan rambut licin serta memberi kelembapan tambahan sesuai untuk jenis rambut kering
- Selsun Blue 2-in-1: Syampu dan perapi dwi-fungsi anti-kelemumur yang mengandungi hyaluronic acid dan vitamin B5. Sesuai untuk jenis rambut biasa
Ini pula cara syampu rambut korang dengan betul dengan syampu Selsun Blue!
Untuk pastikan kelemumur tidak ganggu hidup korang lagi, teknik syampu yang betul perlu digunakan. Mudah sahaja, gunakan syampu Selsun Blue pada rambut basah korang dan tinggalkan selama 1-2 minit di kulit kepala untuk memberikan masa yang secukupnya untuk Selenium Sulfide menjalankan tugas melawan kelemumur.
Selepas itu, bilas menggunakan air dan korang disyorkan untuk syampu 3 kali setiap minggu. Ini kerana Selenium Sulfide tidak sesuai dijadikan syampu harian dan boleh menyebabkan rambut korang rosak serta kering.
So.. korang tunggu apa lagi, tekan link ini untuk rambut bebas kelemumur dan bertukarlah kepada Selsun Blue hari ini!