Sekadar gambar hiasan
Luahan seorang isteri yang dimuat naik peguam syarie, Suriati Ghani di laman Facebook menerusi mesej peribadi yang diterimanya mengenai seorang suami yang inginkan penceraian apabila ibu bapa si isteri sering kali masuk campur hal rumah tangga mereka.
Ibu bapa menjadi punca
Sekadar gambar hiasan
Menerusi perbualan yang dimuat naik itu, pasangan suami isteri yang baru sahaja mendirikan rumah tangga selama lapan bulan itu mengalami masalah yang tidak dapat dielakkan sehingga si suami mengambil keputusan untuk berpisah.
Jujur saya sayangkan perkahwinan ini tapi sebab campur tangan ibu bapa saya, membuatkan suami saya nak berpisah.
Kami baru lapan bulan bernikah dan tinggal di rumah mentua. Mereka baik dengan saya tapi disebabkan ibu bapa saya yang begitu, keluarga mentua dah tak suka saya.
Itulah ujian yang dihadapi pasangan suami isteri yang belum cukup setahun mendirikan rumah tangga. Walau bagaimanapun, peguam syarie, Suriati Ghani mengingatkan bahawa tindakan ibu bapa dalam campur tangan rumah tangga anak mungkin menjadi punca anak- anak makan hati.
Sementara itu, beliau turut beranggapan untuk ibu bapa menyertai sesi kaunseling supaya memahami peranan masing-masing dan tidak melebihi batas sehingga memecah belahkan rumah tangga anak-anak.
Sumber: Facebook Suriati Ghani