Seorang remaja lelaki, Maulud Riyanto dipenjara 13 tahun selepas didapati bersalah kerana menikam seorang individu yang merogol ibunya hingga hamil, enam tahun lalu.
Bunuh perogol ibu
Dendam yang dipendam oleh Maulud Riyanto, 18, selama enam tahun lalu akhirnya terbalas selepas dia akhirnya nekad membunuh perogol ibu kandungnya. Menurut sumber, ketika si ibu dirogol, Maulud baru dibangku sekolah rendah dan tidak berani membalas kejahatan si perogol. Oleh itu, dia menyimpan dendam sehinggalah dia remaja dan mempunyai kemampuan untuk membalasnya. Maulud telah mencederakan teruk perogol berkenaan di bahagian tulang rusuk sebelum lari tinggalkan lokasi itu. Setelah 10 jam, akhirnya pihak polis berjaya menahan Maulud.
Menurut Maulud, dia berbuat demikian kerana tidak sanggup melihat penderitaan dan trauma yang dilalui si ibu sejak menjadi mangsa rogol. Meskipun Maulud dianggap sebagai seorang ‘hero’ keranan memperjuang serta mempertahankan maruah si ibu, namun tindakannya tetap salah disisi undang-undang.
Walaupun Maulud sudah ditahan pada Jun 2020 lalu, namun namanya kekal menjadi sebutan warga Indonesia kerana keberaniannya mempertahankan hak dan maruah si ibu.
Sumber: News Detik