Di Instagram, penyanyi, Lan Solo berkongsi video di mana dia dan isteri menunaikan hasrat anak-anak untuk berkhemah. Memandangkan keadaan cuaca tidak menentu, Lan mengambil inisiatif untuk berkhemah di halaman rumahnya yang sangat lapang. Bestnya!
Camping belakang rumah
Menerusi sebuah video yang dimuat naik, anak-anak Lan kelihatan sangat gembira bermain air dan lepak di dalam khemah meskipun ditemani dengan bunyi tren LRT.
Hari tu anak-anak request ajak camping dekat mana-mana tempat yang best cuti sekolah ni. Tapi dengan keadaan cuaca yang kurang baik dan boleh mengundang bahaya, kita orang terpaksa batalkan. Jadi malam ni camping kat belakang rumah jelah.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen teruja melihat perkarangan rumah Lan yang luas dan besar serta mampu untuk memberikan ruang kepada anak-anak untuk bermain.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Lan Solo