Foto kredit: Lifestyle Asia
Memiliki kulit wajah yang berseri-seri dan sihat semestinya impian setiap wanita. Apabila tiba bulan Ramadhan, kita dapat membuang toksin di dalam badan ketika berpuasa, di mana ianya mampu menjadikan kulit dan badan kekal sihat. Namun, penambahan tips untuk kulit berseri semestinya diperlukan untuk kelihatan lebih menawan di hari raya yang bakal tiba.
Pelbagai cara dan tips yang boleh membantu kita mendapatkan kulit yang lebih sihat. Untuk memilikinya, kita perlu mengorbankan sedikit masa dan perhatian kepada kulit. Dengan pemakaian kosmetik untuk menutup cela di wajah tidak mencukupi kerana kulit akan lebih sihat jika dirawat dan dijaga.
Berseri-seri di pagi raya!
1. Minum air kosong secukupnya
Foto kredit: Freepik
Kurang air dalam badan akan membuatkan kulit kita kusam dan kering. Air juga adalah bahan terpenting dalam badan kita selepas oksigen. Pengambilan air kosong yang mencukupi akan memastikan kulit kita cukup terhidrat dan dapat melambatkan proses penuaan kulit.
Pentingnya untuk kekal hidrasi adalah untuk mendapatkan kulit yang sihat, lembap, berseri dan bebas kedutan. Barulah cantik pagi raya bila badan kita cukup air!
2. Pakai sunscreen
Foto kredit: Freepik
Pemakaian krim pelindung kulit muka (sunscreen) semestinya diperlukan dalam seharian kita. Namun, tidak semua yang mampu memakai sunscreen secara konsisten. Sinar UV sangat merbahaya kerana ianya mampu merosakkan sel kulit yang menjadi punca penuaan pada kulit muka dan pra-matang.
Pastikan untuk sentiasa memakai sunscreen untuk kulit muka kita supaya sentiasa dipelihara dan yang paling penting kulit muka glowing dan sihat.
3. Skrub kulit muka
Foto kredit: Allure
Ramai yang masih tidak mengamalkan skrub muka. Setiap hari, kulit kita akan melindungi bahan asing yang tidak diperlukan masuk terus ke kulit badan. Jadi, inilah sebab mengapa kita perlu mula skrub muka!
Proses rawatan skrub muka mampu membantu untuk menyingkirkan sel kulit mati dari luar dan turut membuang segala kotoran-kotoran lain. Skrub dapat menjadikan kulit muka kita lebih berseri-seri dan anjal!
Tapi ingat, skrub muka hanya dilakukan sekali atau dua kali dalam seminggu. Pemakaian skrub yang berlebihan boleh mendatangkan risiko kepada kulit muka seperti terdedah kepada radiasi matahari.
4. Pakai serum
Foto kredit: Freepik
Kebiasaanya kandungan serum adalah kandungan yang tiada dalam krim ataupun losyen. Serum membantu untuk kulit kita berseri-seri dan yang paling penting ianya mempunyai agen antipenuaan!
Selain itu, serum juga mempunyai molekul yang sangat kecil untuk menyerap dengan lebih cepat ke dalam kulit. Sempatlah kita berseri-seri sebelum raya tiba!
5. Masker muka
Foto kredit: Buka review
Masker muka adalah salah satu rahsia yang tidak boleh ditinggalkan oleh golongan yang inginkan kulit wajah yang sihat. Seperti yang kita tahu, pelbagai ‘homemade masker’ yang boleh dibuat sendiri menggunakan bahan-bahan yang ada di rumah.
Pemakaian masker dapat membantu menegangkan kulit muka sekaligus menjadikan kulit kita halus dan awet muda. Selain itu, masker juga membantu merawat kulit kusam. Jadi, penggunaan masker secara konsisten mampu menangani masalah kulit kusam dan menjadikan kulit muka lebih bermaya.
6. Amalkan makanan yang sihat
Foto kredit: Freepik
Pengambilan makanan yang sihat secara tidak disedari mampu melahirkan kulit yang sihat dan bersih. Untuk memiliki dalaman dan luaran yang sihat, kita mestilah mengambil sayur-sayuran atau buah- buahan yang mampu bertindak sebagai pelindung daripada matahari.
Selain itu, walaupun tidak semua sesuai dengan pengambilan kacang, namun kacang seperti badam memperoleh antioksidan dan Vitamin E yang baik untuk kulit. Ianya juga kaya dengan khasiat protein yang mampu menjadikan kulit lebih lembut dan sihat jika diambil secara konsisten.
Jom amalkan kesemua tips di atas untuk pastikan kulit wajah anjal dan berseri-seri di pagi raya. Kecantikan itu datang dari usaha seseorang dalam proses memperbaiki diri ke arah yang lebih baik. Kecantikan bukan sahaja digemari ramai, namun, ianya mampu menambah keyakinan dalam diri.