Ketegangan antara pelawak Ali Puteh dengan Balu Allahyarham Abam Bocey, Siti Norhidayah Mohd Ali nampak gayanya masih tidak menemui jalan penamat.
Artikel Berkaitan: Selepas Hidayah Abam Pulang, Ali Puteh Dakwa Jumpa Garam Kasar & Bangkai Mengkarung Di Luar Rumah
Tak ada orang tak nak berbaik
Memetik laporan Melodi, Ali terbuka hati untuk berdamai dengan Hidayah dan seluruh keluarga. Kata pelawak berumur 34 tahun, urusan keluarga seharusnya diselesaikan sesama sendiri tanpa melibatkan orang luar iaitu netizen.
Urusan keluarga kita selesai dalam keluarga. Tak ada orang yang tak nak menyelesaikan masalah. Kalau kata penyelesaian untuk berbaik, saya dan keluarga tak ada masalah. Sampai bila nak bergaduh?
Benda ini tak akan ada jalan penyelesaian apabila kita asyik panjangkan. Untuk berbaik itu Allah tentukan tapi kita kena usaha.
Masa kahwin, keluarga datang secara baik. Tapi bila dah jadi macam ini, kenapa keluarga tak boleh berjumpa untuk selesaikan? Kenapa jadikan masyarakat sebagai juri untuk selesaikan?
Ikut cakap netizen
Selain itu, Ali akur apabila konflik ini telah menjejaskan kariernya sebagai anak seni.
Bakat yang penting dalam industri ini. Tapi bila dah jadi macam ini, dah tak pandang bakat. Orang pandang pada panggilan netizen.
Kalau netizen tak nak, mereka pun sama. Kalau itu dah rezeki tertulis, saya okey. Kalau dipanggil untuk bekerja semula pun saya okey.
Dalam pada itu, pemilik nama Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan menegaskan tuntutan ganti rugi sebanyak RM60,000 akan tetap dilunaskan.
Awak jangan risau, jawapannya senang.. saya akan bayar bergantung kepada kemampuan kita untuk bayar secara lumpsum atau secara ansuran. Maknanya tuntutan itu akan dibayar juga.
Terdahulu, Ali dan tiga lagi ahli keluarganya diperintahkan oleh Mahkamah Seksyen untuk membayar RM60000 gara-gara mengeluarkan kata-kata mengaibkan kepada Hidayah menerusi hantaran di Instagram (IG) dua tahun lalu.
Sumber: TV3MALAYSIA Official