Menjelang perayaan Aidilfitri ni selain busy siapkan kuih raya, langsir raya, baju raya, setiap tahun korang mesti akan tertunggu-tunggu jugak satu benda ni kan? Apa eh? Mesti lah iklan raya! Kan?
Haa..ada pelbagai jenis iklan raya ada yang sedih, seram pun ada, macam-macam lagi lah! Tapi sekarang, min nak share dengan korang tentang iklan raya Maybank yang lain daripada yang lain ni!
Dalam celoteh bersahaja iklan ni masih mampu menyampaikan mesej yang padu kepada penonton!
Setiap tahun Maybank tidak ketinggalan dalam menerbitkan iklan Hari Raya, bagi edisi tahun 2023 ini pulak mereka tampil dengan konsep yang lebih fresh dan berbeza berbanding iklan raya tahun-tahun yang sebelum ni. Ha? Apa yang lain tu?
Tahun ini, Maybank memilih untuk menghasilkan Baik itu Baek tanpa menggunakan style iklan raya yang ‘sedih’ atau ‘menusuk jiwa’ sangat pun, tapi guna cara yang santai je!
Wah, senang cerita iklan Maybank tahun ni memang tak cliché lah! Yang penting mesej tu sampai je tau kat hati penonton.
‘Baik itu Baek’ ketengahkan amalan sokong usahawan dan perniagaan tempatan
Selaras dengan misi Maybank dalam ‘Menginsankan Perkhidmatan Kewangan’, iklan raya tahun ini membawa tema ‘Tulus’ yang memberi inspirasi kepada penonton untuk sentiasa melakukan sesuatu kebaikan dengan hati yang ikhlas.
Baik itu Baek juga memfokuskan pada prinsip bahawa ‘Keikhlasan’ itu wujud di sekeliling kita dan ia digambarkan dalam iklan ini melalui perbuatan seperti pergi ke kedai gunting rambut, pergi basuh kereta di car wash, pergi ke bengkel kereta untuk support perniagaan local kita.
Jadi, secara tidak langsung iklan ini secara halus menggalakkan penonton untuk bersama-sama support perniagaan usahawan dan produk tempatan.
Kalau kita semua support boleh lah tambahkan hasil jualan mereka pada Raya ni! Kan ‘baek’ tu dapat kongsi rezeki bersama!
Jom tengok iklan ni, confirm korang terngiang-ngiang lah perkataan ‘Baek’ tu!
Selain itu, apa yang menarik dalam iklan ni juga, perkataan Baik Itu Baek tu diulang tau dalam iklan ini untuk buat jadi lebih catchy! Ha..lepas korang tengok je iklan ni mesti tak boleh lupa perkataan ‘Baek’ ni.
Jadi, korang tunggu apa lagi? Jom klik di sini untuk layan iklan raya Baik itu Baek!