Penyanyi Putera Muhammad mengaku terlepas pandang ekoran penampilannya yang mengenakan seluar ketat sehingga menampakkan benjolan sewaktu membuat persembahan di pentas akhir sebuah pertandingan nyanyian pada Ahad.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aufahanie Dedah Wanita Menari Sakan Rupanya Adik Sendiri -‘Dia Penari, Graduan Sekolah Seni’
Seluar emergency
Menurut Putera, seluar jenis leather yang digayakan itu dipilih di saat akhir iaitu beberapa jam sebelum konsert berlangsung.
Malah, dia menjelaskan berkemungkinan disebabkan beberapa faktor seperti banyak bergerak menyebabkan kedaaan tersebut berlaku.
Ini seluar emergency sebenarnya. Masa agak suntuk dan tak sempat nak check betul-betul. Agak last minit, lebih kurang jam 6 petang. Memang terlepas pandang.
Saya pun belum tengok betul-betul lagi keadaan yang dikatakan seksi itu.
Waktu pakai memang ada tengok cermin, tapi waktu itu macam biasa sahaja. Mungkin bila dah banyak bergerak atas pentas, itu yang jadi lain.
Justeru, Putera memohon maaf di atas perilakunya dan berterima kasih kepada orang ramai yang memberi teguran.
Apa pun saya minta maaf dan terima kasih kepada yang menegur.
Dalam perkembangan lain, Putera bakal muncul dengan lagu baharu sebagai buah tangan kepada peminat tidak lama lagi.