Seorang lelaki di Rwanda, Afrika akui masih teruna memandangkan dia telah mengurungkan dirinya di rumah selama 55 tahun kerana takut kepada jantina lain.
Fobia dengan wanita?
Callitxe bina pagar tinggi keliling rumah
Memetik laporan Daily Star, lelaki yang dikenali sebagai Callitxe Nzamwita mendedahkan telah membina pagar setinggi 15 kaki (4.6 meter) untuk menghalang wanita datang ke rumahnya.
Meskipun lelaki berusia 71 tahun ini sentiasa mengasingkan diri dan tidak keluar daripada rumah, tetapi dia mempunyai makanan yang mencukupi kerana bekalan tersebut disediakan oleh jiran tetangga.
Difahamkan, walaupun Callitxe tahu dia dibantu oleh wanita kampung tetapi dia tetap tidak membenarkan mereka mendekati dirinya. Para wanita terbabit tidak kecil hati sebaliknya mereka turut berusaha menjauhkan diri kerana tidak mahu perkara buruk terjadi kepada Callitxe.
Menurut sumber, Callitxe dipercayai mengalami gynophobia, iaitu ketakutan yang tidak rasional terhadap wanita.
Sumber: Daily Star