Baru-baru ini, viral sebuah video di media sosial mengenai tingkah laku seorang pelajar perempuan yang bertindak menampar rakannya ketika berada di sekolah. Kejadiaan tersebut dipercayai berpunca apabila mangsa memuat naik gambar pelajar tersebut di laman sosial TikTok
Artikel Berkaitan: Viral Video Tampar Bekas Kekasih Dalam Kereta, Pihak Universiti Serah Kes Pada Pihak Berkuasa
Bukan itu sahaja, wanita yang dipercayai ibu mangsa turut memuat naik satu lagi rakaman video berdurasi dua minit 12 saat yang menunjukkan satu pertemuan diadakan bersama pelajar berkenaan.
Gambar mengaibkan dimuat naik di TikTok
Menerusi sebuah posting, pelajar berkenaan tampil menjelaskan sebab dirinya melakukan perbuatan tersebut terhadap rakan sekelasnya itu.
Menurut si pelaku, tindakannya itu adalah disebabkan oleh ketidakpuasan hatinya terhadap mangsa yang memuat naik gambar mengaibkan tentang dirinya di aplikasi TikTok.
Bukan itu sahaja, dia mendakwa rakannya itu juga tidak mengendahkan permintaannya yang meminta agar gambar tersebut dipadam dari hantaran tersebut.
Berkenaan dengan video yang viral itu, kejadian sebenarnya adalah dia telah memuat naik gambar yang mengaibkan (body shaming) saya di akaun tiktoknya tanpa pengetahuan saya.
Saya sudah memintanya untuk memadamkan posting berkenaan namun tidak diendahkan menyebabkan saya naik tangan kepadanya.
Walau bagaimanapun, pelajar berkenaan mengakui kesilapannya dan telah berkunjung ke rumah rakannya bagi membuat permohonan maaf.
Namun begitu, pelajar ini mendakwa bahawa pihak keluarga mangsa sama sekali tidak membuat permohonan maaf kepadanya mengenai isu gambar aib yang dimuat naik itu. Bahkan, dia mendakwa telah menerima satu panggilan telefon dari seorang lelaki yang telah mengaku sebagai pegawai polis dan mengugutnya mengenai kejadian yang berlaku.
Pihaknya juga tidak membuat permohonan maaf kerana mengaibkan saya. Malah saya juga telah menerima satu panggilan yang mengatakan beliau adalah pegawai polis.
Setelah itu saya meminta pihak berkenaan untuk membuat semakan namun pegawai polis berkenaan tidak wujud sama sekali.
Di akhir hantarannya itu, pelajar berkenaan memaklumkan bahawa dirinya telah membuat laporan polis terhadap dua perkara iaitu perbuatan memuat naik gambar yang mengaibkan serta mendapat ugutan daripada individu yang menyamar sebagai pegawai polis.
Sumber: Aplikasi X