Seorang lelaki yang merupakan bapa tergamak melakukan perbuatan terkutuk apabila menjadikan dua anak kandungnya sebagai pemuas nafsu selama bertahun-tahun sehingga salah seorang dari mereka mengandung dan melahirkan anak.
Artikel Berkaitan: Cabul & ‘Ratah’ 3 Anak Kandung Sampai Hamil 7 Bulan, Bapa Boleh Dipenjara 654 Tahun
Paksa anak waktu isteri tidur
Memetik laporan portal Detik News, perbuatan terkutuk itu telah dilakukan suspek terhadap dua orang anaknya yang berusia 17 tahun dan 19 tahun sejak mereka dibangku sekolah lagi.
Mengikut kronologi kes, suspek akan memaksa kedua orang anaknya itu untuk melakukan hubungan kelamin setiap kali isterinya sudah tidur di bilik.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Perbuatannya itu mula terbongkar selepas anaknya yang berusia 17 tahun melahirkan seorang ‘cucu’ perempuan manakala anaknya yang berusia 19 tahun nekad melarikan diri kerana trauma dengan apa yang berlaku.
Ahli keluarga yang lain lantas melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan selepas hampir 13 hari menyembunyikan diri, suspek akhirnya berjaya diberkas pihak polis.
Hilang ‘selera’ dengan isteri
Dalam pada itu, hasil siasatan yang dibuat pihak polis mendapati suspek berbuat demikian kerana sudah hilang ‘selera’ dengan isterinya sendiri di samping ketagih menonton video porno di Internet.
Suspek juga melakukan perbuatan terkutuk itu secara rahsia dan akan mengugut kedua anaknya itu dengan menggunakan dawai besi dan juga batang raket sekiranya mereka enggan menurut perintahnya.
Bukan itu sahaja, suspek juga dilaporkan pernah melakukan perbuatan terkutuk itu serentak bersama dua orang anaknya di dalam satu bilik yang sama.
Suspek kini ditahan reman dan bakal berdepan dengan hukuman penjara selama 15 tahun sekiranya didapati bersalah.
Sumber: Detik News, Berita TKP