Pelakon Taiyuddin Bakar dilihat melakukan sujud syukur selepas mendapat khabar gembira daripada isterinya yang sedang hamil anak pertama mereka.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Terlampau Teruja Bakal Jumpa Park Seo Joon, Adriana Adnan Terus Sujud Syukur
Penantian sembilan tahun
@zilazulkifli Bismillahirrahmanirrahim…. Kami serah sepenuhnya pd perjalanan dan takdir dr mu, Ya Allah buat kami.. kami xde usahakan apa2 pun & saya x pernah ada apa2 keguguran.. ini pertamanya… Alhamdulillah … ?? @TaiyuddinBakar #Kasihpagal ? Buah Hati – Armada
Menerusi TikTok, isteri kepada Taiyuddin yang dikenali sebagai Zila Zulkifli dilihat menunjukkan ujian air kencing yang mengatakan dirinya sedang hamil kepada pelakon filem ‘Hantu Bonceng’ tersebut.
Dapat dilihat kegembiraan jelas terpancar di wajah Taiyuddin sehinggakan dirinya melakukan sujud syukur.
Ya Allah, Subhanallah, Alhamdulillah. Serius ke ini?
Dalam pada itu, Zila memaklumkan penantian mereka selama sembilan tahun untuk memiliki zuriat sendiri akhirnya dimakbulkan oleh Allah.
Bismillahirrahmanirrahim, kami serah sepenuhnya pada perjalanan dan takdir dari Allah buat kami.
Kami tak ada usahakan apa-apa pun dan saya tak pernah ada apa-apa keguguran, ini yang pertama Alhamdulillah. Allah pilih sembilan tahun untuk berikan kami rezeki ini.
Terima kasih menjadi kekuatan di sisi saya, love you kasih (Taiyuddin).
Pasangan ini turut melakukan ujian pengesahan kehamilan di sebuah klinik berhampiran kawasan perumahan mereka.
Video tersebut turut mendapat perhatian wargamaya yang rata-ratanya menitipkan ucapan tahniah di atas berita gembira tersebut.
Mereka juga mendoakan agar segala urusan Zila sepanjang hamil dipermudahkan Allah SWT.
Sekadar info, Taiyuddin mengumumkan dirinya sudah bernikah dengan Zila pada Disember 2014 yang lalu dalam satu majlis yang diadakan di Madinah.
Komen netizen
Sumber: TikTok