Baru-baru ini, penyanyi meningkat naik Iman Troye memberi bayangan seolah-olah sudah memutuskan hubungan dengan teman lelakinya.
Artikel Berkaitan: ‘Lelaki Kalau Nak Curang, Dia Curang Juga’ – Iman Troye Putus Cinta Dengan Kekasih Pada Hari Raya?
Artikel Berkaitan: Iman Troye Pesan Jangan ‘Study’ Kuat Sangat, Dedah Adik Saudara Koma 4 Bulan Kerana Abai Kesihatan – ‘Makan & Rehat Secukupnya’
Kena tinggal?
Terbaharu, pemilik nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin itu memuat naik sebuah video dia sedang bermain ‘filter My 2024 Relationship Status’ di TikTok.
Iman kemudian terdiam apabila melihat keputusan filter tersebut yang memaparkan dia bakal bersama kembali dengan bekas kekasih (‘with an ex again’).
Di kapyen video tersebut pula, Iman menyatakan bahawa dia tidak akan memberi peluang kepada bekas teman lelakinya malah rela membujang.
Day 4 kena tinggal. Kalau macam ni lagi rela single sampai ke tua.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet terhibur melihat reaksi Iman namun ada juga yang meneka berkemungkinan ianya hanyalah gimik dan penyanyi itu bakal mengeluarkan lagu baru.
Betul ke sebelum ini Iman pernah ada teman lelaki? Ke ni nak keluar lagu baru lagi?
Tak habis-habis ke nak mention kena tinggal?
Ni pasti ada lagu baru, nantikan semua.
Sebelum ini, penyanyi berusia 21 tahun itu didakwa menjalinkan hubungan cinta dan sering dilihat bersama personaliti media sosial dan usahawan iaitu Ashraf Anuar.
@imantroye day4 kena tinggal, kalau macam ni, lagi rela single sampai tua dik ? #fyp #fy
Sumber: TikTok Iman Troye