Menantu kepada pelakon, Allahyarham Kamal Bakar iaitu Dian Zman mencuri perhatian apabila menceritakan semula kenangan manis bersama mentuanya itu menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok.
Artikel Berkaitan: Pelakon Veteran, Kamal Bakar Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun
Cari durian sampai dapat
@realboymikail Suka Bahagia kan orang sekelililingnya… itulah kamal bakar ,bapa yang baik,bapa mertua yang baik,banyak kebaikan beliau yang kita semua tak boleh nak jangka…alhamdullilah….alfatihah buat allahyarham kamal bakar…sentiasa diingatan #artismalaysia #kamalbakar #haniskamalbakar #alfatihah ? Instrumen Sholawat Sedih – Yuda pratama
Menerusi potongan video yang dimuat naik @realboymikail, Dian mendedahkan arwah Kamal merupakan seorang bapa mentua yang sangat baik dan sanggup menunaikan keinginannya untuk memakan durian jenis ‘Musang King’ ketika mengandungkan anak pertama mereka.
Masa mengandungkan Tuah, saya nak makan durian. Tapi itulah, yang jahatnya nak makan durian ‘Musang King’, yang jenis biasa mungkin (tak nak) sebab senang nak cari.
Lagi pula masa itu belum lagi musim untuk ‘Musing King’ berbuah, mahal pula itu.
Tapi ayah (arwah) pergi cari sampai dapat sebab menantu dia nak makan. Dia naik motor cari ‘Musang King’.
Tambah Dian, dia begitu menyayangi arwah bapa mentuanya itu yang banyak memberikan pertolongan buatnya ketika dalam kesusahan.
Macam mana lah saya tak sayang bapa mentua saya, memang sayang sangat.
Selepas dia hantar durian ‘Musang King itu, petang esoknya saya pergi ke rumah ayah.
Ayah tanya, ‘Cukup tak Musang King itu? Kalau tak cukup nanti ayah cari’.
Sebab itu bila saya tengok video arwah, saya rasa rindu sangat. Bila saya susah pun, ayah yang banyak bagi pertolongan.
Dalam pada itu, Hanis juga memaklumkan meskipun sudah menunaikan apa yang diidamkan isteri, arwah bapanya itu sekali lagi mengeluarkan duit dan menjamu mereka duriang ‘Musang King’ kira-kira dua hari selepas itu.
Selang dua hari arwah belikan itu, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) ada buat pesta durian, dia (arwah ayah) telefon suruh datang.
Sampai ja, macam-macam jenis durian dia buka di pesta itu dan cakap, ‘Kau makan ja, tak apa ayah bayar semua ini’.
Imbas kembali, pelakon berpengalaman Kamal Bakar disahkan meninggal dunia di usia 62 tahun pada 25 Mei lalu selepas hampir dua minggu dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Melaka akibat kanser paru-paru tahap empat.
Sekadar info, anak kepada Kamal iaitu Hanis Kamal telah mendirikan rumah tangganya dengan Dian pada Disember 2017 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan seorang anak lelaki.
Sumber: TikTok