Seorang lelaki berstatus suami ditahan polis selepas menikam isterinya sehingga maut ketika bersiara langsung di Facebook.
Tusuk isteri dalam live
Suspek, Agus Herbin Tambunan nekad mengahkhiri nyawa isterinya, Hertalina Simantunjak, 46, kerana cemburu dan mengesyaki wanita itu masih berhubungan dengan bekas suaminya.
Difahamkan insiden kejam itu berlaku ketika mangsa bersama keluarganya sedang bersiaran langsung di Facebook sambil berkaraoke di rumahnya yang terletak di Sumatera Utara, Indonesia.
Namun siapa sangka, suspek tiba-tiba datang menghampiri sebelum bertindak menusuk mangsa menggunakan pisau dapur.
Mangsa ditusuk sebanyak lima kali termasuk di bahagian perut, payudara dan kedua-dua belah tangan kiri dan kanan.
Susulan daripada itu, mangsa dikatakan sempat dikejarkan ke hospital namun tidak dapat diselamatkan. Suspek yang cuba melarikan diri akhirnya berjaya ditahan pihak polis untuk tindakan lanjut.
Sumber: Tribunnews