Penyanyi, Arrora Salwa mendedahkan dirinya begitu rindu dengan karier sebagai seorang penyanyi dan tidak sabar untuk kembali beraksi di pentas besar selepas bersetuju menyertai program realiti, Gegar Vaganza 11 (GV11).
Artikel Berkaitan: Ning Baizura Setuju Sertai GV11 Demi Ibu, Ingin Cipta Kenangan Terindah – ‘Dia Dah 80 Tahun & Hidap Dimensia’
Cuti empat bulan tanpa gaji
Ketika ditemui OhBulan!, pemilik nama Salwa Md Razak ini berkata, perasaan rindu untuk beraksi itu juga membuatkan dirinya sanggup untuk mengambil cuti tanpa gaji selama empat bulan daripada pekerjaannya sebagai seorang pramugari.
Secara jujurnya saya rindu nak menyanyi dan dah lama sebenarnya saya tak menyanyi di pentas yang besar.
Dulunya saya sangat ‘kosong’ sebagai seorang penyanyi, tak tahu apa-apa. ‘Vocal grooming’ dan hal berkaitan nyanyian semua saya tak tahu.
Dan bila dapat peluang untuk sertai GV11 yang merupakan pentas besar, saya tak nak lepaskan peluang yang besar ini dan sebab itu saya sanggup cuti empat bulan tanpa gaji.
Arrora berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sesi sidang media GV11 yang diadakan di Parkroyal Collection Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.
Nak bukti kemampuan
Dalam pada itu, pelantun lagu ‘Ahmad’ menyatakan dia juga mahu mengembangkan lagi bakat serta membuktikan kebolehannya pada orang ramai melalui penyertaannya dalam program GV11.
GV ini adalah satu pentas yang sangat besar jadi, bila dapat peluang ini saya rasa, ‘Why not saya comeback dan tunjukkan apa yang saya boleh lakukan’.
Kalau macam dulu saya tak tahu yang saya kena belajar vokal. Kalau dulu saya mungkin kosong tapi kali ini adalah sedikit ilmu.
Alhamdulillah saya dapat seorang cikgu yang sangat bertanggungjawab dan berdisplin.
Selain Arrora, GV pada edisi kali ini turut disertai penyanyi hebat seperti Ning Baizura, Liza Aziz, Illa Sabri, Ronnie Hussien, Reshmonu dan ramai lagi.