Usahawan terkenal Datuk Aliff Syukri dan isteri Datin Seri Nur Shahida Mohd. Rashid berkongsi pengalaman ketika memberi kerjasama kepada pihak polis dan juga Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Aliff Syukri Tolak Tawaran Berlakon Sebagai Bapa Pelac*r – ‘Saya Hormat Bini’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Kalau Ditakdirkan Isteri Saya Sudah Tiada, Mungkin Saya Tak Akan Kahwin Lagi’ – Aliff Syukri
Hampir tidur dalam lokap
@aididitmyway Dato hampir kena tidur lokap?! Uish lain macam.. Kita nampak macam best je kehidupan Dato Aliff ni kan? Tapi sebenarnya banyak dugaan yang menguji. ?? Tapi apa yang kita nampak dekat sini, suami isteri lebih baik berdamai dan jaga perasaan antara satu sama lain. Sebab kalau tak? Ha macam Datin cakap la “asal bergaduh je ada bala”, besar pulak tu dugaannya. ? Ujian dalam rumah tangga ini semua orang ada, tapi yang macam mana kita nak kawal situasi tu betul tak? Haaa, tak tengok lagi Part 2 podcast ni? Singgah ke AididitMyWay sekarang! ?? #aididitmyway #podcast #AIMY #datoaliffsyukri #aliffsyukri #terlajaklaris #aididmarcello @Aidid.Marcello @Aliff Syukri Kamarzaman
Menerusi podcast bersama hos Aidid Marcello, Aliff menceritakan dia pernah didatangi oleh pihak berkuasa dan hampir bermalam di lokap.
Sejujurnya ketika itu saya hampir tidur lokap tapi sebab saya bawa peguam saya. Itu adalah momen yang paling menakutkan.
Polis tanya saya, ‘awak nak kena gari ke awak nak bagi kerjasama?’
Tuhan sahaja tahu macam mana saya sangat takut. Tahu-tahu 15 orang polis datang nak tangkap saya .
Dalam masa yang sama, Shahida pula berada di Tanah Suci untuk menunaikan ibadah umrah.
Ketika itu saya di Makkah dan bawa anak, kami tengah bergaduh. Ia berlaku sebelum PKP (Perintah Kawalan Pergerakan).
Itulah bergaduh lagi.
Diserbu SPRM
Sementara itu, Shahida turut berkongsi detik ketika dia tiba-tiba diserbu oleh pihak SPRM semasa berada di rumah.
Aliff tak ada ketika itu, dia berada di resort kami di Janda Baik. Ketika itu pukul 7 pagi di rumah kami, saya tengok dari atas ada dalam 20 orang.
Masa itu pun kami bergaduh, asal bergaduh sahaja ada bala.
Mereka datang dan berkata, ‘kami nak cari Aliff Syukri dan nak masuk rumah.’
Walau bagaimanapun, usahawan berusia 39 tahun itu tetap memberikan kerjasama meskipun diasak dengan pelbagai pertanyaan.
Saya bagi sahaja kerjasama dan jawab pertanyaan mereka dengan betul.
Mereka bongkar rumah dan nak tengok beg tangan saya tapi memang tak banyak sebab saya tak suka kumpul beg. Mereka terkejut saya tak banyak beg tangan.
Aliff pula takut nak balik walhal tak buat salah..takut nak masuk rumah. Dia memang jenis cepat ‘gabra’.
Sumber: TikTok Aidid Marcello