Penerbit dan komposer Eddie Hamid memberitahu penyanyi dari Thailand iaitu Deqnee Dusongnyo dipilih menyanyikan lagu ‘Bea Soba Bea Raya’ bagi menggantikan penyanyi wanita asal yang kini ditahan reman di Penjara Narathiwat, Thailand.
Artikel Berkaitan: Eddie Hamid Tak Kisah Netizen Tukar & Tambah Lirik Lagu Cinta Setandan Pisang Dengan Perkataan P*l Kuda
Artikel Berkaitan: Penyanyi Wanita Kelantan Ditahan Di Sungai Golok Bersama Pil Kuda?
Vokal yang hampir sama
Menerusi laporan Harian Metro, Eddie berkata, Deqnee akan bergandingan dengan Den Manjo, Man Khan dan Rosalinda. Proses rakaman lagu tersebut pula akan dimulakan pada minggu hadapan.
Saya memilih Deqnee Dusongnyo disebabkan mempunyai vokal yang sesuai dan hampir sama dengan penyanyi asal.
Tambah Eddie, kali terakhir dia berhubung dengan penyanyi wanita berkenaan pada 31 Oktober lalu mengenai lirik lagu Bea Soba Bea Raya dan Tokleh Nak Soba.
Sejak dia ditahan, saya sentiasa mengikuti perkembangan kesnya dan dimaklumkan dia juga sudah boleh menerima keadaan sekarang, berbanding sebelum ini (awal ditahan). Insya-Allah pada Januari saya akan melawatnya di sana.
Terdahulu, media melaporkan penyanyi wanita popular di Kelantan antara enam individu yang ditahan Polis Thailand, bagi membantu siasatan berkait rampasan 6,000 pil kuda.
Sumber: Harian Metro