Dramatis popular, Rozita Che Wan mendedahkan sudah membayar cukai kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) sebanyak RM50,000 secara tunai.
Artikel Berkaitan: Anas Zahrin Tolong Lunaskan Hutang Che Ta Kepada Kontraktor – ‘Ini Betul Sahabat Dunia Akhirat, Dia Bantu Tanpa Pengetahuan Rozita’
Artikel Berkaitan: Jurusolek Nasihat Netizen Jangan Masuk Campur Urusan Che Ta Isu MARA – ‘Aku Pernah Make Up Dia, Tak Pernah Berhutang’
Bayar LHDN
Menerusi hantaran di Instagram Story, Rozita atau mesra disapa Che Ta memuat naik gambar resit sebagai bukti pembayaran. Pun begitu, dia tidak mendedahkan secara terperinci.
Selesai dah baki tahun lepas punya. Bayar ‘tax’ ini memang sampai mati weh. #LHDN.
Sebelum ini, media melaporkan Che Ta menerima notis isytihar bankrap yang didakwa dikeluarkan Mahkamah Tinggi Malaya Shah Alam akibat kegagalan menjelaskan cukai LHDN.
Isteri kepada Zain Saidin itu menafikan perkara tersebut dan menjelaskan dia konsisten melakukan pembayaran cukai melalui ejen dilantik.
Selain isu LHDN, ibu kepada tiga cahaya mata ini juga terpalit dengan isu berhutang dengan Majlis Amanah Rakyat (MARA) berjumlah RM1 juta.
Sumber: Instagram