Sebelum ini, tular satu video memaparkan seorang wanita yang mendedahkan bekas suaminya memberi nafkah sebanyak tiga sen buat anak mereka.
Terbaharu, wanita itu tampil menjelaskan situasi sebenar.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Dedah Bekas Suami ‘Transfer’ Nafkah Anak Hanya 3 Sen – ‘Rezeki Allah Luas & Doa Orang Dizalimi’
Penat dihina
@kool101my Mana lah nak cukup nafkah 3 sen untuk zaman sekarang ni.? Awalnya, Siti cuma berseloroh je, sekali betul-betul bekas suami dia bagi 3 sen untuk nafkah anaknya.? Setuju apa yang @Datuk Aznil Nawawi cakap, jangan jadikan hak nafkah anak sebagai senjata untuk balas dendam.?? Anda boleh dengarkan perkongsian penuh di KoolCast melalui aplikasi Audio+ atau klik sahaja link di bio okay! ? #Kool101 #SemasaDanSosial #MuzikYangFamiliar #PakNildiKool101 #PagiOnPoint ? original sound – Kool 101
Menerusi temu bual bersama radio Kool101, wanita itu mendakwa wang tiga sen tersebut diberikan bekas suaminya selepas disindir kerana dirinya merasakan jumlah nafkah yang diberikan tidak logik.
Sebenarnya waktu itu mungkin tahap kesabaran saya dah hilang. Saya dah penat menerima hinaan dan cacian.
Dia (bekas suami) ‘complain’ saya hantar anak kepada pengasuh yang tak berdaftar.
Untuk nafkah, jumlah yang dia berikan setiap bulan kepada saya sikit sebenarnya jadi saya cakaplah, ‘Awak ini complain macam bagi RM3,000 sebulan tapi bagi 3 sen ja’.
Saya berseloroh ja masa itu sebab sepanjang 2024, jumlah nafkah yang dia beri itu bagi saya tak logiklah nilai dia.
Pak Nil titip pesan
Mendengar kepada luahan itu, penyampai radio Kool101 iaitu Aznil yang lebih mesra disapa Pak Nil menitipkan pesan buat golongan ayah yang sudah bercerai dengan isteri.
Ujar Pak Nil, para ayah di luar sana seharusnya telus dalam memberikan nafkah buat anak-anak yang merupakan darah daging mereka sendiri.
Pak Nil nak pesan kepada ayah-ayah di luar sana yang awak nak bagi nafkah itu adalah kepada anak awak sendiri.
Tak kiralah dia duduk dengan siapa, jangan jadikan hak nafkah anak itu sebagai senjata untuk awak balas dendam sebab yang menjadi mangsa nanti adalah anak.
Sumber: TikTok