Pasangan selebriti, Neelofa dan Haris Ismail menerima pujian daripada netizen susulan mengadakan program ‘Hati Tenang Bila Jiwa Kenyang’ di Jalan Ampang pada 11 Januari yang lalu.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Dedah Tak Pernah Sentuh Soal Keperluan Rumah, Suami Tak Bagi Bayar Guna Duit Sendiri – ‘Dia Kata Itu Tanggungjawab Dia’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Neelofa Mahu ‘Move On’, Enggan Panjangkan Isu Guna Foto ‘Double Meaning’ – ‘Kita Sudah Akui Apa Yang Perlu’
Bantu perbaiki kehidupan
Program yang direka khas untuk membantu semua individu menemukan ketenangan hati dan memperbaiki kehidupan mereka dilihat sangat bagus kerana rata-rata individu yang hadir dapat meluahkan isi hati mereka termasuk bertanyakan soalan kepada Neelofa dan PU Riz.
Bukan itu sahaja, Neelofa turut berkongsi doa dan tips jodoh yang diamalkan.
Menerusi pemerhatian pihak OhBulan! lagi, Neelofa bakal mengadakan program yang lebih kurang sama di bulan Ramadan nanti. Menurut Neelofa, sesiapa yang berminat boleh rujuk dan membeli tiket di ‘link’ yang tertera di Instagramnya.
Di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa gembira kerana dapat menghadiri majlis ilmu seperti itu.
Video
View this post on Instagram
Sumber: Neelofa