Sedang diulit bahagia, pempengaruh media sosial Ameera Khan akui hanya mampu merancang dan meletakkan kepercayaan sepenuhnya pada aturan tuhan.
Artikel Berkaitan: Ameera Khan Kongsi Momen ‘Sweet’ Sambut Birthday Jefri Nichol – ’26 But Forever My Baby’
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Buat Trend ‘In 2025, You Will ..’, Ameera Khan Teruja Nak Kahwin Dengan Jefri Nichol?
Percaya proses tuhan
@ptryyy04_ Replying to @Yourstar ? Jj Funkot MIRACLES X – David Pereira Da Silva
Menerusi hantaran potongan klip dari siaran langsung TikTok, Ameera atau nama sebenarnya Nur Ameera Abdul Halim Khan dilihat sibuk mempromosikan produk kosmetiknya.
Pada perkongsian itu, Ameera menjawab susulan soalan daripada warganet yang bertanyakan mengenai perancangannya untuk mendirikan rumah tangga.
Insya-Allah pada masa yang ditetapkan.
Sebab peraturan tuhan adalah yang terbaik.
Dan saya percaya pada-Nya.
Kita boleh merancang, boleh suka akan sesuatu tapi Allah yang tentukan segalanya.
Jadi, saya hanya tawakal pada tuhan.
Dalam pada itu, adik kepada usahawan Noor Neelofa itu sempat berseloroh mengenai jerawatnya.
Saya ada satu jerawat.
Tapi orang kata kalau bercinta memang keluar jerawat.
Sumber: TikTok @ellem.kay