Penyanyi Khai Bahar menitipkan nasihat kepada adiknya, Kyra Bahar agar sentiasa konfiden sekiranya mahu kekal dalam industri seni.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Khai Bahar Jumpa Erin Malek ‘Tentang Bulan’, Netizen Minta Buat ‘Comeback’ – ‘Rindunya Nak Tengok Berlakon’
Artikel Berkaitan: #AJL38: [VIDEO] Nasihat Arwah Ibu Jadi Dorongan Khai Bahar Teruskan Karier
Tak nak masuk campur
Menerusi temu bual bersama OhBulan!, Khai berkata, dia mahu Kyra berdiri di atas kaki sendiri dan pandai membawa diri apabila namanya sudah dikenali ramai.
Sebelum dia masuk industri, saya dah tanya betul ke nak jadi penyanyi? Kalau ikut saya, terpulang dekat dia yang penting pandai bawa diri. Kalau ada benda yang tak baik berlaku, pandai-pandai dia selesaikan. Saya pesan dekat dia juga, kalau komen tak elok jangan baca. Kalau dia buat salah, minta maaf segera.
Disoal sama ada Khai akan membantu dan menguruskan kerjaya seni Kyra pada masa ini ataupun tidak, pelantun ‘Bayang’ ini menjawab tidak. Ini kerana, adiknya sudah berada di bawah naungan sebuah syarikat rakaman.
Dia ada label sendiri dan mereka yang uruskan dia. Saya tak nak masuk campur kerjaya seni dia. Bagi dia buat sendiri.
Di akhir temu bual, Khai memaklumkan dia hanya mahu memberi sokongan kepada Kyra dan belum bersedia untuk membuat kolaborasi bersama.
Sekarang saya bagi peluang untuk dia nak bawa diri. Lagi satu saya tak nak masuk campur sebab dia ada lavel. Dia cuma perlu konfiden sebab bagi saya dia seorang yang rajin. Dia sentiasa promote lagu dia dekat live. Dia jangan cepat rasa down kalau orang tak suka. Kena usaha dan teruskan sahaja.