Influencer Iman Azman berang dengan sikap segelintir masyarakat yang tidak prihatin dengan keadaan ibu yang membawa kereta sorong atau dipanggil strollers.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Dr Say ‘Sekolahkan’ Lelaki Tak Puas Hati Ibu Bapa Guna Lif Bawa Stroller – ‘Cuba Dukung 30 Kg Tengok Berapa Lama Nyawa Terkandung Dalam Jasad’
Artikel Berkaitan: Lelaki Guna Konsep ‘Siapa Cepat Dia Dapat Naik Lif’, Bagi Keutamaan Kepada Golongan OKU Sahaja – ‘Ada Anak Pilihan’
Lama tunggu lif
@iman.azmanI don’t think you’ll understand the delicate decorum of elevator protocol until you’ve been pregnant, with elderly and/or children and/or are with strollers or wheelchairs. Able-bodied people, please take the escalators. Trust me, if I didn’t HAVE to take the lift, I wouldn’t – it takes so long to get on one.? original sound – Iman Azman
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Iman difahamkan lama menunggu lif dengan keadaanya yang mengendong anak di hadapan.
Menurutnya, dia terpaksa menegur pengguna lif ketika itu kerana tidak memberi keutaaman kepada ibu dan anak kecil.
Saya tak rasa anda akan faham kepentingan lif selagi anda tidak mengandung, atau bersama orang tua, kanak-kanak, strollers atau kerusi roda.
Orang yang berkemampuan, sila naik eskalator.
Percayalah, saya tidak akan naik lif jika tidak perlu.
Walau bagaimanapun, Iman bersyukur selepas beberapa pengguna lif faham dengan situasinya lalu memberi ruang untuk menggunakan kemudahan itu.
Netizen kagum
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata golongan para ibu bersetuju dengan tindakan Iman yang memberi teguran untuk meningkatkan kesedaran. Selain itu, warganet turut kagum dengan sikapnya yang berani.
Sumber: Instagram @iman_azman, TikTok @iman.azman