Pelakon Kamal Adli tampil menafikan dakwaan bahawa dia dan isterinya, Uqasha Senrose, hadir ke mahkamah syariah baru-baru ini bagi menyelesaikan kemelut rumah tangga mereka.
Artikel Berkaitan: Kamal & Uqasha Buktikan Hubungan Dalam Keadaan Baik, Buat ‘Live’ TikTok Bersama
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kamal Adli Nafi Rumah Tangga Bergolak – ‘Kalau Bergaduh Tu Biasalah, Perempuan Emosi..’
Kamal nafi rumah tangga bergolak
Ketika ditemui OhBulan!, Kamal atau nama lengkapnya Ahmad Kamal Ahmad Adli, 38, meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi sebaliknya mendoakan yang terbaik buat dirinya dan keluarga.
Saya pun tidak tahu di mana mahkamah syariah itu. Doakan yang baik-baik sahaja. Mustahil untuk saya sampai ke tahap itu.
Mengulas lebih lanjut mengenai perkara, pelakon filem Takluk: Lahad Datu itu berkata bahawa dia akan sentiasa berfikir panjang sebelum membuat sebarang keputusan.
Namun percaya tidak akan berlakunya sesuatu yang buruk dalam rumah tangganya memandangkan dia sangat menyayangi isteri dan anak perempuannya, Hawra Uqaira.
Kalau ada apa-apa yang terjadi atau sebelum ia berlaku, saya akan fikir dahulu. Sebagai seorang lelaki, saya akan hadapi dahulu dan tidak akan membiarkan perempuan menguruskan perkara ini seorang diri. Insya-Allah, ia tidak akan berlaku.
Saya sayangkan anak saya, saya sayangkan isteri dan keluarga saya
Kamal berkata demikian ketika menghadiri majlis Pelancaran Unifi TV Originals Ramadan Raya 2025 yang berlangsung di Boathouse By The Lake, Ampang, Kuala Lumpur, pada Isnin.
Kamal, Uqasha sibuk bekerja
@ohbulanofficial Alhamdulillah semua okay ??#ohbulan #fyp #news #kamaladli #nafi #rumahtangga #bergolak #nafi #pergi #mahkamahsyariah ? original sound – OHBULAN!
Dalam pada itu, Kamal akui agak terganggu dengan khabar angin tersebut. Hal ini kerana, bukan sahaja netizen yang tertanya-tanya mengenai keadaan hubungannya dengan isteri, malah ahli keluarga turut bimbang dan bertanyakan kesahihan khabar angin tersebut.
Terganggu juga sebenarnya sebab ramai orang bertanya, sampai mak saya dan keluarga Uqasha pun tanya sama ada kami ada masalah atau tidak.
Jawapan kami tetap sama, kami tidak ada masalah. Cuma sibuk dengan kerja dan sekarang ini kami mahu menumpukan perhatian untuk menjaga Hawra.
Terdahulu, nama Kamal Adli dan Uqasha Senrose menjadi bualan apabila dikatakan menghadapi masalah rumah tangga.
Untuk rekod, pasangan ini telah bernikah pada 5 November 2021 dan dikurniakan cahaya mata, Hawra Uqaira.